Saturday, December 29, 2007

Kawan.

Kawan, satu lagi spesies manusia yang mempunyai pengaruh paling besar dalam kehidupan kita seharian. Kalau kawan okey. Okeylah kita dan kalau kawan hantu raya. Jembalang tanahlah kita. Ada kawan yang bawak hasil, ada yang tak bawak hasil.

Walau apa pun, kawan mengajar kita erti kehidupan dan kawan jugaklah yang boleh menyusahkan hidup kita.


~My long lost friend~

Tapi kalau tak ada kawan langsung, cuba check apa yang tak kena dengan diri kita. Mungkin kita terlampau ego ataupun tak cukup 'hensem' untuk dibuat kawan.

As a matter of fact (cheh, cakap omputeh), memilih kawan yang betul adalah sangat penting bagi menentukan persepsi masyarakat tentang diri, sama ada kita ni dari jenis yang jujur dan baik hati ataupun jenis 'lalok' dan hidup tunggang-langgang. Tapi, ada sesetengah orang cakap, lantaklah kau nak kawan dengan 'sesapa' pun, janji kau boleh kontrol diri dan berupaya untuk berkata tidak kepada aktiviti kurang sihat yang dianjurkan oleh kawan kita tu...

Okey, meh kita tengok beberapa jenis kawan yang wujud. Antaranya, kawan sejati atau kawan saja nak ambik hati.


Kawan sehidup tapi mati asing-asing - jenis ni akan menikam kita bukan sahaja dari belakang tapi dari semua arah.






Kawan karib, kawan yang boleh dibawak masuk sampai ke dalam bilik harta karun rumah kita.






Dan juga, kawan sekejap ada sekejap tak ada - ada.. bila dia perlukan kita, tak ada bila kita perlukan dia.






Dan memang benarlah, kalau orang kata kadang-kadang kawan ni boleh menjadi pelindung kita yang paling setia. Begitu juga dia boleh bertukar menjadi jin perosak yang berwajah manusia...

Thursday, December 27, 2007

Makan menunjukkan personaliti diri



Makan Skema

Maknanya makan dengan tenang. Kalau makan mee tu mau selai2 korang makan. Mau ambik masa utk habiskan mee sepinggan. Sah2lah pasangan korang tension! Tapi takper org yang makan camni sangat tegas & amat setia jika bekerja & bercinta. Hanya satu dihatinya! Cheewahh!

Makan Borak2

Sampai je kat kedai makan, duduk lepas tuh borak2 tak henti. Sambil makan tak henti2 lagi nak borak sampai makan kat pinggan tak luak. Orang yang macam ni sememangnye periang & susah nak tengok dia marah. Merajuk sekali2 tu adalah. Suka berterus terang, Tapi hangin satu badan kalau buat dia marah!

Makan Belek2

Kalau korang suke belek2 makanan 23x sebelum makan, nescaya korang ni org yg sgt berhati2 ketika membuat keputusan. Tulang2 ikan pun sempat lagi disusun cantik kat tepi pinggan. Kalau dapat awek @ balak cenggini jangan tak sabar, dia memang prihatin & serius dgn korang. Jgn ragu2 no..

Makan Cepat2

Sambil makan sambil tengok jam beberapa kali. Lepas tuh asyik cakap pasal temujanji atau perkara2 yang dia nak buat lepas tuh. Memang rimas. Type org yang type dia makan macam ni selalunya seorang yg amat mementingkan masa. Kalau janji mesti ‘on time’ kena sampai. And then tak suka lembab2.

Makan Serius

Pernah jumpe org makan sambil borak sekali sekala? pastu mata dia pandang korang dgn mata yg serius amat ..malu dibuatnya. Korang patut rasa bertuah kerana org yg camni sgt penyayang. Nampak sangat diorang taknak korang hilang sesaat pun dari pandangan matanya. Apalagi jagalah hati balak @ awek semacam ni sepenuh hatimu.

Makan Bersungut

Suka sangat membebel pasal rasa makanan. Tak sedaplah, kurang garamlah, pastu kalau lambat sampai satu semenanjung m'sia dia bising. Org camni suka berterus terang. Kalau ade yang tak puas hati cecepat dia cakap. Lagi satu sangat mengambil berat & cemburu!

Assalamualaikum..

Buat pertama kalinya saya mencipta dan menulis untuk blog ni selepas melihat blog rakan-rakan yang begitu bersemangat mengutarakan pendapat dan buah fikiran masing-masing. Maka saya juga tergerak untuk sama-sama memberi dan menyatakan buah fikiran sendiri melalui pemikiran saya sendiri melalui pengalaman dan tingkat ilmu yang ada pada diri ini.

Oleh itu, saya juga berbesar hati untuk menerima kritikan dan sumbang saran dari para pembaca blog ini agar bersama-sama menjaya dan mengindahkan laman blog ini.

Untuk pengetahuan pembaca juga, saya merupakan admin salah satu forum http://nicosaga.aceboard.com/ yang saya boleh banggakan juga pencapaiannya dengan keahlian kini melebihi 100 orang dalam masa tidak sampai setengah tahun pembabitannya dalam iklim cyber ini.

Sekian dulu untuk cubaan pertama menulis untuk laman blog ini. Wassalam..