Saturday, January 19, 2008

All the best KPLI 2008

Assalamualaikum,

Lamanya rasa dok update blog. Sebenarnya minggu ni orientasi kpli kat Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS). Lama tu bkn per. Duk kat sana. Sehari rasa cam seminggu. Mana taknya 4.30 pagi dah kena bangun. Bersiap pi masjid ramai-ramai. Habis program pukul 10.30 malam. Tapi belum tentu boleh tidur lagi. Lebih kurang pukul 12 baru leh lelap mata ni. Dalam tempoh tu memang xleh balik bilik asrama. So, klau xleh balik asrama tu, korang paham-paham je la ek.. Confirm ar xmandi nyer..

Peraturan kat sana memang cukup ketat. Couple2 ni jangan harap ar nak ader. Solat fardhu, confirm wajib berjemaah kat masjid 5 kali sehari semalam. Dalam majlis rasmi, wajib kena nyanyi lagu asma ul husna, lagu IPIS, ngan lagu Guru Malaysia. Penutup majlis, baru nyanyi lagu Negaraku. So, sekarang ni boleh ar sket2 terhafal lagu asma ul husna tu. Hik..hik.. Lama-lama duk IPIS memang leh jadi baik ar. Korang tau tak aper asas target IPIS. Setiap student dia mesti boleh jadi imam, bilal, conduct bacaan tahlil, dan tahu pengurusan jenazah. Hah, amik kau! Walaupun korang bukan aliran agama..

Pakaian kat sana setiap hari jumaat kena pakai baju melayu rasmi IPIS kaler hijau ar lebih kurang. Tapi dua kali pandang cam kaler biru plak kaler kain tu. Hm, cam kaler motor aku ar senang citer. Pastu wajib pakai samping ngan songkok hitam. Jumaat semalam aku try ar pakai camtu. Macam pengantin ar plok wase. Huhu.. Naik semangat aku nak kawen.. Mau tak! Sorang kata hensem, dua kata macam bakal pengantin.. haha.. Ter’over’ ar plak aku ni.. Pepun, gambar xde ar. Xbwk kamera. Kalu x, bleh tunjuk kat blog ni..

Tapi memang best ar duk sana. Seminggu je dah leh rasa islamik feeling dalam kampus IPIS tu. Kalu setahun, mau aku keluar orang panggil ‘ustaz’ plak.. huhu..


Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan..


Lagu IPIS

Berdiri Institut Perguruan Islam
Melatih pendidik bangsa
Perjuangkan agama majukan negara
Malaysia yang tercinta

Kamilah pelajar muslimin muslimat
Penyebar syiar Ilahi
Berikrar, berjanji, berusaha, berbakti
Bela ibu pertiwi

Kami pemuda, kami pemudi
Rela berkorban diri
Berilmu, beriman, beramal, berbakti
Itulah cogan kami

PadaMu ya Allah kami berserah
Menyembah serta berdoa
Semoga semua muslimin muslimat
Hidup aman bahagia..


P/S: 8/2/2008 (Jumaat), kakak saya yang duk KL tu kawen. Sape-sape member aku nak mari umah bleh la yek. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Ajakan ikhlas ni..

Aturcara Majlis : pukul 12 tengahari sampai 6 petang..

Wednesday, January 9, 2008

Salam Maal Hijrah 1429H

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Doa Awal Tahun



Doa Akhir Tahun

Sunday, January 6, 2008

C.I.N.T.A

CINTA, fitrah setiap manusia. Manusia diciptakan oleh Allah swt dengan membawa fitrah (instinct) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-Nya; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (Syurga). (Ali Imran: 14).

Apa yang korang rasa cuba saya ketengahkan kali ni. Hm, tajuknya cinta. Ramai yang mengaguminya dan ramai juga yang menempelak akan kehadirannya. Kenapa ye? Satu kuliah agama yang pernah saya dengar suatu ketika dulu oleh salah seorang ustaz yang tidak asing lagi di institusi pengajian tinggi tempat saya menuntut ilmu, Ustaz Musytari, suatu masa dahulu telah menyebut berhubung persoalan cinta secara khusus. Beliau telah mengaitkan bahawa cinta ialah salah satu daripada makhluk Allah. Ianya hadir dengan kemanisan bagi mereka yang pandai menguruskannya. Sebaliknya, cinta juga boleh memberikan mudarat kepada mereka yang cuba menodai kehadirannya. Lihat kata-kata di bawah ini.

“Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.”

Mungkin ramai yang mengagumi cinta kerana asyik sekali dengan cinta. Pertama kali bertemu bagaikan berada di syurga. Kehidupan yang mendatang bagaikan tiada langsung cabaran dan halangannya. Dek kerana cinta telah menguasai jiwa. Kecil tapak tangan, langit dan bumi sanggup dihulurkan. Bagaikan tidak sedar hidup ini hanyalah sementara. Dunia hanya pentas ujian yang Maha Esa. Seringkali ujian yang menimpa disalah erti. Bala yang menimpa di caci maki. Keterlanjuran bercinta disesali. Bagaikan hidup tidak berguna lagi. Akhirnya cinta dijadikan punca kesalahan sendiri.

Sepatutnya bingkisan di atas tidak berlaku jika mereka benar-benar pandai memahami dan menguruskan cinta. Alam percintaan sememangnya hebat bagi mereka yang tahu menilai dan menghargainya. Namun perlu diingat sifat makhluk Allah, ada baik dan ada buruknya. Carilah kebaikan yang ada padanya dan hindarkan keburukan yang menempel padanya. InsyaAllah, akan ada kebaikan pada akhirnya.

“Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.”


~My love~

Walau macamana indah pun cinta sesama manusia, cinta yang paling agung adalah cinta kepada Allah s.w.t.. Hm, pembaca semua terkejut..! Redakan kejutanmu itu kerana kejutan berikutnya bakal menyusul dua bulan lagi.. hehe..

Tuesday, January 1, 2008

Selamat Tinggal 2007..

Selamat Tahun Baru 2008! First thing first on 2008. Apa yang korang nak buat ek? Azam? Mesti gempak-gempak ni. Tapi sebelum tu, macamana azam tahun lepas? Dah terlaksana ke belum. Or tahun ni, korang sambung je azam tahun lepas punya. hehe.. Sebut pasal azam ni, saya sendiri pun tak pernah buat azam. Tapi dalam fikiran ni selalu saya pesan hari-hari. ”Aku nak jadi orang yang lebih baik hari ni. Aku nak buat sesuatu yang lebih bermakna hari ni.” Jadi secara tak langsung itu la azam saya kot. Teringat saya masa belajar kat UTM dulu. Masa tengah bergelar mahasiswa universiti. Selalunya lepas maghrib kat surau kolej mesti ada orang 'tabligh' menyampaikan pesanan-pesanan dan sirah-sirah nabi. Saya antara jemaah yang suka dengar tazkirah-tazkirah camni. Tiap kali diorang bagi tazkirah saya mesti ada sekali. Tapi ada satu saat yang saya tak berapa gemar untuk bersama diorang mendengar tazkirah ni. Masa kat last tu.. ha, korang yang pernah stay kat universiti mesti dah dapat tangkap, kan? Kat last tazkirah, selalunya diorang akan buat pengumuman untuk sesiapa yang boleh keluar bersama jemaah diorang, selalunya kalau permulaan atau baru nak berjinak-jinak keluar ni, diorang sarankan satu hari, lepas tu boleh keluar tiga hari, lepas tu boleh expand lagi untuk sebulan plak. Kalau setakat pengumuman tu, okeylah juga. Tapi siap ajak-ajak (cam paksa plak). Tu yang tak best tu. Huhu.. Masa ni, ramai la antara kami yang kepala tunduk-tunduk, mengesot kebelakang pun ada. Haha, macam-macam. Pastu kalau dah takde lagi orang yang bangun bagi nama, diorang pun akan cakap: ”InsyaAllah tuan-tuan boleh azam lagi untuk keluar suatu hari nanti.” Pepun saya tak salahkan diorang sepenuhnya sebab ada baiknya apa yang diorang buat tu. So, ni pun salah satu jenis azam jugak yang boleh saya ceritakan. Sebenarnya, azam ni ada perbagai dan macam-macam cara boleh buat. Terpulang pada keinginan dan kemampuan pada diri seseorang.

Tahun baru 2008 ni juga, negeri saya, negeri Terengganu akan di’upgrade’ kepada bandaraya bermula 1 Januari 2008. Satu lagi pencapaian besar negeri Terengganu. Lepas ni Terengganu akan bergelar Bandaraya Warisan Pesisir Air. Mungkin jugak sempena ECER yang telah dilancarkan baru-baru ni. Jadi Terengganu juga mahu menyambutnya dengan gah dan lengkap dengan persediaan semampu mungkin sebab ECER merupakan salah satu dari tiga projek mega kerajaan pusat ketika ini. Jadi saya sebagai rakyat negeri Terengganu cukup berbangga dengan pencapaian ini sehingga terbayang-bayang pelbagai kemajuan dan kemudahan yang bakal diterima nanti. Tapi cukupkah kalau hanya negeri yang berubah dan di’upgrade’ sebegitu rupa, tanpa pembangunan pemikiran dan pembukaan minda rakyat negeri ini? Ya, sudah semestinya rakyat juga perlukan perubahan dari segi keterbukaan minda dan pemikiran, agar dapat seiring dan sejalan dengan perubahan negeri yang meningkat maju dari semasa ke semasa. Nah, negeri sudah berubah. Ayuh rakyat Terengganu! Kita juga perlukan perubahan. Dan sempena tahun baru ini juga. Banyak perubahan perlu dilakukan. Jangan terlalu banyak bermimpi disiang hari. Rebutlah peluang-peluang yang diberikan untuk memajukan diri dan keluarga. Jangan kita terlalu ghairah menjadi pengikut dan ’pak sanggup’. Jadilah diri sendiri yang mempunyai integriti diri yang kukuh. Dapat menjalani hidup sehari-hari tanpa bantuan orang lain lagi. Bukalah minda! Rebutlah peluang! Dan ingatlah pilihanraya yang makin hampir. Hehe..


~Anak sedareku yang brutal~

Hari ini saya akan menutup diari untuk 2007. Diari 2008 pula akan saya buka. Terlalu banyak kenangan-kenangan 2007 yang ditinggalkan. Banyak juga peristiwa-peristiwa pahit dan manis yang telah ditempuhi. Kawan dan lawan silih berganti. Kepada kawan, ku ucapkan selamat berjuang. Hidup perlu diteruskan. Kepada lawan, ku ucapkan terima kasih. Tanpamu ku tak dapat menilai sejauh mana keburukan diri ini. Tahun 2008, saya akan memulakan karier baru di Bangi pula. Selamat tinggal negeriku. Selamat tinggal kenanganku. InsyaAllah, kita bertemu lagi suatu hari nanti..