Saturday, March 8, 2008

Selamat Mengundi Warga Malaysia

Selamat mengundi semua warga Malaysia yang boleh mengundi. Jom pilih pemerintah yang adil, amanah, dan saksama.

Kepada yang belum boleh mengundi, sentiasa la alert dengan perkembangan dunia semasa politik tanahair.

Kepada yang dapat mengundi tapi tak daftar, korang sememangnya tak alert dengan perkara yang berlaku disekitar korang.

Kepada yang dapat mengundi tapi tak keluar mengundi, koranglah sebenarnya penyebab pengundi hantu bermaharajalela sebab diorang akan gunakan nama korang untuk membuang undi.

So, kepada yang boleh mengundi dan keluar untuk mengundi, ucapan SYABAS dari saya kerana korang sememangnya individu yang sentiasa alert perkembangan negara dan layak menjadi warganegara Malaysia yang berjiwa patriotik..

Saturday, March 1, 2008

BIG 25/2/2008 - 28/2/2008

Assalamualaikum,

Minggu lepas saya keluar ke Tanjung Bidara, Melaka untuk menyertai BIG (Bina Insan Guru) yang diwajibkan kepada setiap guru pelatih. Walaupun kem ini tidak seperti BTN yang lebih lasak aktivitinya, kem ini memberikan pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Antara aktiviti yang best ialah kayak dan kembara. Memang best bila dah lama tak buat aktiviti cenggini. Semangat balik rasa lepas 2 bulan duk terperap kat institut study siang malam. Sekurang-kurang bleh gak release tension. Ha, korang jangan ingat kerja guru ni senang ek.. Salah sama sekali tanggapan macam tu.. Sebab guru ni kena buat macam-macam..

Cuma sepanjang 4 hari 3 malam kat situ, ada satu peristiwa saya takleh lupa sampai bila-bila kot. Maklumlah dah banyak kali keluar masuk kem kat universiti dulu tapi tak pernah lagi alami nasib cenggini. Kena plak jadi malam pertama kat kem tu. Petang tu kitorang pasang khemah. Biasa la hari pertama sampai. Kena la pasang khemah semua. Tapi biasa la kan, budak laki ni malas sket. Lagipun pengalaman sebelum ni memang kitorang tak target cuaca akan berubah. Sebab selalunya time kitorang khemah kat mana-mana sebelum ni, tak penah plak hujan. Jadi kitorang tak buat la parit untuk air tu mengalir. Atap khemah tu pun kitorang pasang ala kadar jer. Just nak bagi tegap untuk kitorang bleh masuk tido jer..

Nak dijadikan cerita malam tu hujan turun. Lebat giler woo.. sedang elok kitorang tengah tidur malam tu. Tetiba je member bunyi. "AIR MASUK KHEMAH WEI!".. haha.. Pe lagi, kitorang anjak la ke atas sket. Ingat bleh la tido. Skali lagi air masuk ikut sebelah atas kepala plak. Hujan plak tau-tau je nak kenakan kitorang malam tu. Lebat sungguh turun dia. Dari baring sampai la kitorang terpaksa duduk kat tengah-tengah khemah tu 3 orang ngan mata mengantuk. Tapi dek kerana letih pasang khemah siang tu, kitorang tertido jugak sampai pagi. Saya sedar pagi tu, rasa kepala basah. Rupanya kitorang tido ngan kepala terendam dalam air sampai pagi.. haha.. yang peliknya tak terkejut plak tu sampai pagi. Maybe, dek kerana keletihan sangat-sangat. Tu la rasanya pengalaman baru sepanjang saya gi kem kat mana-mana sebelum ni. Esoknya kitorang terpaksa buang air dari khemah tu. huhu..

Pepun Alhamdulillah sebab 2 malam lagi cuaca baik. Tak hujan.. Walaupun kadang-kadang dengar gak bunyi guruh cam nak hujan..


~Semua Peserta BIG Bersama Kem Komandan~