Friday, August 22, 2008

Pertunanganku

Pada malam 19 Ogos 2008, aku telah pun selamat ditunangkan dengan pasangan pilihanku, Habsah, dirumahnya di Seberang Marang. Lebih kurang 8 buah kereta berkonvoi selepas Isyak pada malam tersebut dengan aku mengetuai rombongan. Huhu.. Rasa cam ketua laks duk depan2.. Nak wat gane kan? Semua orang tak tau lagi rumah pasanganku ni.

Jadi nak ceritalah sket camne kami ni leh berjumpa dan sampai melekat dan nekad nak hidup bersama ni kan.. Huhu.. Malu ar plak nak citer kat internet ni.. Tapi takpe sekadar pengetahuan am korang je ar kan secara umum. Kalu nak detail2 kena jumpa ar kita sembang panjang2 ek..

Kami dah lama kenal, masa tu tahun 2003 lebih kurang kat UTM, Skudai. Kami amek bidang yang sama, Sains Komputer. Cumanya pasanganku ni merupakan junior aku kat universiti tu. Kami duk satu kolej dan sama2 menjadi ahli Biro Kerohanian kat kolej tu. Nak dijadikan cerita bermulalah dari situ kami saling kenal2. Biasa ar kan, mesti ar tak puas kalu jupe kejap2 je. 2 pun time ada meeting k, baru leh jupe. So, dek kerana dunia dah berubah dan zaman dah canggih ni, dipendekkan cerita kami pun bertukar2lah nombor henset. Bermula dari situ la kami dah start mesej2 plak. Tapi masa tu iman duk kuat lagi. Sebab masing-masing nak tumpukan kat pelajaran, kami putuskan untuk jadi kawan jer. Huhu..

Dipendekkan cerita tahun 2005 aku pun graduate. Tapi si dia tak graduate lagi. Ye ar dah junior kan? Takkan graduate sama2 kot. So, lepas tu kami pun jarang dah mesej2 ni. Dah dulu pun memang kawan je. So, takde menda ar yang nak rase prasaan2 ni lagi kan? Dan bermula saat tu la, kitorang pun dah tak berhubung sangat. Masing2 bawak haluan ar kan..

Tapi tahun 2007 aku dapat tawaran kerja ngan syarikat multimedia kat Terengganu. Syarikat ni plak sememangnya melatih pekerja2 baru dan amek pekerja secara berperingkat. Sekali lagi memang aku tak jangka si dia ni pun tengah buat latihan masa tu ngan syarikat ni. Tapi waktu tu aku dah kerja dengan syarikat ni secara kontrak 1 tahun bermula januari 2007. Dan dia plak tamat latihan bulan 5 dan start masuk keja kat syarikat tu dalam awal bulan 6. Hm, dipendekkan lagi ceritanya orang dah lama tak jupe, pe lagi banyak la menda nak dicakapkan. Dah dia skang jadi junior aku plak skali lagi kat syarikat tu. Pe lagi rupanya hubungan aku ngan dia ni di hidu rakan sekerja lain. Terus plak jadi gosip hangat kat ofis tu. Huhu.. kena lagi aku. Tapi masa tu pun kami takde la mikir couple2 lagi kan? Ye la, still dia kuar makan tengahari ngan member dia, aku dengan member aku..

Di pendekkan lagi ceritanya, aku dah hampir tamat kontrak ngan syarikat ni. Jadi sebelum tu ada la aku mintak apply kursus KPLI untuk jadi cikgu plak. Berkat kesabaran dan doa mak bapak maka aku pun dapat tawaran tu di Institut Perguruan Islam Selangor, dan sampai sekarang ni aku masih lagi menuntut kat situ. Apa hubungannya ek aku citerkan menda ni semua? Nak dijadikan cerita.. Maybe jodoh kami kuat gaknye. Rupanya dia pun ada memohon untuk kursus KPLI jugak pada masa tu dan dapat tawaran belajar di institut yang sama denganku dan dalam bidang yang sama juga iaitu Pengajian Matematik. Hah, terkejut jugak pada mulanya.. yelah kan. Dah ar gosip tengah hangat sebelum tu. Dah jadi gini lagi ar mendidih dah aku rasa gosip antara kami ni nanti. Huhu..

Dan pada bulan Disember tahun 2007 tu jugak ar, maybe disebabkan gosip yang datang dari banyak arah sampai tak sempat nak tangkis tu, kami pun decide nak couple. Dah dia pun single dan aku pun sorang. So, kami pun in relation la kata orang kan? Tapi takde ar mudah camtu kan? Takut jugak nak bagitau isi hati mulanya, tapi orang kata masing2 memang dah ada rasa..

Dan skang aku pun bertunang... Huhu.. Rasa cam mimpi laks. Tapi ni lah realitinya.. Dan aku harap hubungan kami ni berkekalan bahagia. Korang pun jangan lupa doakan kami ek.. Ni lah impianku yang tercapai satu lagi tahun ni. Bila plak kami nak kawen ek? Tunggu je ar.. Huhu.. tak saspen ar kalu bagitau semua menda skali gus kan? Kan? Kan?


~Tunangku Habsah~



~Selesai upacara menyarung cincin~



~Kek pertunangan~



~Hantaran~