Thursday, January 24, 2013

Listen! Kau siapa? Siapa dia! Siapa saya..

24.01.2013 Khamis
12 Rabiulawwal 1434H

Assalamualaikum wbt,

Listen!

Semua orang diseluruh pelusuk tanah air sudah tau dan menjadi sebutan di mana-mana. Sebagai seorang pelayar maya, saya juga salah seorang yang terkena tempias fenomena Listen! ini. Sebutan yang simple, tetapi jika salah menyebutnya boleh membuatkan banyak hati marah dan terasa. Listen! jika diguna oleh guru kepada murid. Tujuannya supaya murid bersedia dan memberikan perhatian sepenuhnya untuk mendengar apa yang akan di ajar oleh gurunya. Listen! jika diguna oleh majikan kepada pekerja. Tujuannya supaya pekerjanya mendengar arahan yang akan disampaikan dan patut dilakukan olehnya. Listen! jika diguna oleh kaki pukul kepada mangsa. Tujuannya supaya mangsanya menurut segala kehendaknya dan jika tidak patuh, padahlah akibatnya.

Kau siapa?

Belum pun lenyap fenomena Listen!, kini Kau siapa? pula menjadi duri yang mengguris setiap keping hati pasukan tempat saya bekerja. Kau siapa? merupakan penyoalan siapakah diri orang yang ditanya. Kau siapa? jika diguna oleh kawan kepada kawan. Tujuannya untuk membandingkan kawan dengan individu yang lain. Kau siapa? jika diguna oleh orang berjawatan kepada orang biasa. Tujuannya untuk menunjukkan dirinyalah yang berkuasa dan mempunyai segala-galanya.

Siapa dia!

Siapa dia! dengan tanda seruan menunjukkan nada tegas dan merupakan ayat membandingkan diri seseorang. Siapa dia! Jika diguna oleh pakwe kepada makwe. Tujuannya untuk meminta penjelasan bila wujudnya orang ketiga. Siapa dia! Jika diguna oleh diri kepada musuhnya. Tujuannya untuk menghinakan dan merendahkan individu yang dimusuhinya.

Siapa saya..

Tiga kata-kata di atas lebih merujuk kepada orang lain, menyalahkan orang lain, menghina orang lain, mengutuk orang lain, dan melibatkan orang banyak. Malah, hati begitu puas bila dapat meluahkan kata-kata tersebut. Sebaliknya Siapa saya.. merujuk kepada diri sendiri, diri yang satu, tidak melibatkan orang ramai. Siapa saya.. suatu kata yang jarang disebut. Siapa saya.. suatu kata yang merendahkan diri sendiri. Siapa saya.. suatu kata yang memuhasabah diri menuntut untuk kembali insaf. Siapa saya.. suatu kata yang mencari buruk sendiri berbanding menuding kepada salah orang lain. Siapa saya.. menuntut kita merenung hubungan diri dengan Pencipta. Siapa saya.. mengembalikan kita kepada fitrah untuk apa kita diciptakan.

Siapa saya.. saya hanyalah seorang hamba kepada Pencipta saya, iaitu Allah swt. Kehadiran hambaNya yang lain menuntut kita berada dalam jemaah ramai. Saling berkenalan, saling bekerjasama, saling berkasih sayang dengan anugerah 1% kasih sayang yang Allah berikan di dunia, saling memakmurkan bumi Allah yang kita tumpang sementara, saling mengingat antara satu sama lain agar sentiasa jaga hati, jaga iman, jaga akidah untuk sentiasa beramal dengan apa yang disuruh oleh Pencipta kita dan meninggalkan segala laranganNya.

Moga penulisan ini memberikan ketenangan dan menghilangkan nafsu amarah dalam diri ini. Dijauhkan dari sifat mazmumah dan dihiasi dengan sifat mahmudah.

Salam Maulidur Rasul.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw.

Sunday, January 20, 2013

Jiran Kaya Jiran Miskin

20.01.2013, Ahad
8 Rabiulawwal 1434H

http://www.scribd.com/doc/121306299/Kajian-Tindakan-Matematik-SR

Assalamualaikum wbt,

Ini ialah satu percubaan ke arah membentuk satu perkongsian maya berkaitan isu-isu pembelajaran dalam pendidikan. Saya cuba melakukan satu kajian dalam bidang matematik sekolah rendah dan hasilnya ada pada pautan yang saya berikan di atas.

Kajian ini ialah salah satu kajian kecil yang membincangkan berkenaan pengajaran untuk subtopik membundarkan nombor bulat dalam tajuk pertama nombor bulat subjek matematik. Ianya sebuah kajian lengkap yang menyasarkan murid tahun 5 sekolah rendah. Kajian ini menyerapkan teknik Jiran Kaya Jiran Miskin dalam permasalahan menyelesaikan masalah dalam sub topik membundarkan nombor bulat.

Justeru itu, sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana teknik Jiran Kaya Jiran Miskin ini digunakan dalam pengajaran untuk tajuk membundar nombor bulat, silakan klik pautan di atas dan selamat mencuba teknik baru dalam pengajaran anda.