Wednesday, May 1, 2013

Muhasabah diri


01.05.2013, Rabu
20 Jamadil Akhir 1434H

Antara kandungan lirik lagu nasyid Menuju WawasanUmat Islam harus cemerlang hari ini mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
umat islam sentiasa boleh,

umat islam zaman lampau
taat perintah rasulullah
bersama berusaha, bersatu tuju wawasan dunia dan akhirat
wawasan dunia akhirat
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amaanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah

akidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
pegangan mereka harus diikut
ulama warisan ambiya'
ajaran sesat wajid dihindari
pegangan mereka harus diikut



Peranan seorang pengundi beragama Islam.

Seorang yang beragama Islam harus mengetahui bahawasanya setiap tindak tanduk kita akan dipersoalkan di akhirat nanti. Oleh itu, setiap apa yang kita lakukan haruslah seiring dengan kehendak yang Maha Pencipta. Justeru itu, selayaknya kita memilih individu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam untuk di angkat sebagai khalifah dalam kalangan kita. Mereka inilah yang patut dipilih oleh orang Islam kerana mereka lebih dekat dengan Allah. Contoh golongan ini ialah para ulama' dan ustaz.

Adakah mereka layak memimpin hanya dengan ilmu agama?

Sebenarnya setiap orang adalah pemimpin. Kita semua merupakan khalifah Allah di muka bumi. Jika kita seorang suami, maka kita adalah pemimpin dalam rumah tangga. Jika kita seorang majikan, maka kita adalah pemimpin untuk semua pekerja dalam organisasi. Begitu juga jika kita seorang ketua negara, maka kita adalah pemimpin bagi rakyat dalam negara. Oleh itu, semua orang layak memimpin.

Namun begitu, seorang pemimpin tetap perlu ada ilmu dalam kepimpinannya. Penekanan kepada ilmu agama yang tinggi akan membawa kita ke arah kebaikan dalam peraturan yang mengikut syariat. Tidak mengikut hawa nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kemaksiatan. Dengan pegangan agama yang kuat jugalah, amalan seperti rasuah boleh dihindarkan.

Memimpin negara bukan mudah.

Benar, memimpin negara bukannya mudah. Banyak urusan negara yang bercampur baur. Ada orang Islam dan ada orang bukan Islam. Urusannya tentu sekali banyak. Kita juga bukannya tahu semua perkara. Ada perkara yang menuntut kita mendapatkan pandangan orang lain dalam menghadapi satu-satu masalah. Inilah Islam. Islam menuntut umatnya menegur antara satu sama lain dan saling pesan-memesan ke arah kebaikan.

Begitu juga apabila menjadi seorang pemimpin. Pemimpin seharusnya seorang yang boleh mendengar nasihat dan pandangan orang dibawahnya, melakukan timbang tara dalam menyelesaikan masalah, dan membincangkan secara lebih mendalam sebelum sesuatu keputusan yang baik di ambil. Seorang pemimpin yang adil dan amanah amat diperlukan di sini. Seorang Islam dan ada ilmu Islam tahu akan hal ini.

Pemimpin yang meminta nasihat dan mendengar nasihat bukanlah seorang pemimpin yang lemah. Inilah pemimpin Islam.

Sejarah Nabi sebagai pemimpin.

Pada zaman nabi, nabi memulakan pembangunan melalui tarbiah ilmu agama kepada masyarakat. Ini kerana hanya dengan ilmu, masyarakat akan bersatu ke arah matlamat yang satu iaitu menuju ke syurga Allah di akhirat nanti. Dan jalan menuju ke dunia kekal abadi ini memerlukan kita berbuat baik sesama manusia dan saling tolong menolong ke arah kebaikan. Di sinilah kesatuan kita sebagai umat Islam. Justeru itu, seandainya kita mengetahui dan sedar akan hakikat ini, kita tidak akan membuat sesuatu yang di larang Allah seperti mengata, mengutuk, menfitnah dan sebagainya sesama kita. Kita hari ini semakin jauh dengan hakikat ini kerana kita semakin jauh dengan zaman nabi, sahabat, apatah lagi ulama pun kita cerca. Kita juga jauh dengan roh Islam yang diredhai Allah Azzawajalla.

Memilih.

*****************************************************************************
Mohon maaf atas interruption, blog ini telah dipindahkan ke laman sesawang baru sharifuddin1711@blogspot.com..... Maaf atas segala kesulitan.
*****************************************************************************

Sebagai pemilih, kita utamakanlah Islam dan jadikanlah ianya benteng dihadapan kita. Janganlah kita dikelirukan oleh mereka yang ingin menjauhkan kita dari roh Islam ini. Sebaiknya lakukan solat istikharah kerana memilih pemimpin juga bukannya suatu perkara yang mudah kerana kita hanya boleh menilai diri luaran sahaja sebaliknya Allahlah yang mengetahui segala-galanya.

Ingatlah ayat Allah yang berbunyi dalam surah Al-Anfal.

8-15: Wahai orang yang beriman! Apabila kamu menghadapi orang kafir yang menyerbu (kamu), janganlah kamu berpaling ke belakang (melarikan diri) daripada mereka. 

8-16: Dan sesiapa berpaling membelakangi mereka pada hari itu (ketika berperang), kecuali kerana tujuan strategi perang atau kerana hendak menggabungkan diri dengan pasukan (yang lain), maka sesungguhnya dia kembali dengan kemurkaan Allah dan tempatnya adalah Neraka Jahanam, itulah seburuk-buruk tempat kembali. 


8-17: Maka (hakikatnya) bukanlah kamu yang membunuh mereka tetapi Allah jua yang membunuh mereka. Dan bukan kamu (hakikatnya) yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah jua yang melempar. Dan Dia (Allah) hendak menguji orang yang beriman dengan ujian yang baik daripada-Nya (daripada Allah). Sesungguhnya Allah adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui). 


8-18: Demikianlah (rencana Rab kamu), dan sesungguhnya Allah melemahkan tipu daya orang kafir. 


8-19: Dan jika kamu (orang kafir) meminta keputusan, maka sesungguhnya telah datang keputusan itu kepada kamu (dengan kemenangan kaum Muslimin), tetapi jika kamu (orang kafir) mahu berhenti (daripada berperang), maka itulah yang lebih baik bagi kamu. Tetapi jika kamu kembali (untuk berperang), maka kami (kaum Muslimin) pun akan kembali (memerangi kamu). Dan tidak memadai bagi kamu pasukan kamu itu walaupun bilangan mereka ramai, (kerana) sesungguhnya Allah beserta orang yang beriman.


Wallahu A'lam..