Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sedar tak sedar sudah hampir 5 bulan saya bertugas di Sabah ni. Rasa sekejap je hari-hari berlalu sekarang ni kan? Selalunya hujung minggu di sini cukup memboringkan kalau tiada pengisian aktiviti-aktiviti best. Tapi itu dulu la.. Sebelum saya punya kereta di sini. Sekarang tidak lagi, dengan VIVA boleh dikatakan setiap hujung minggu saya keluar. Rutin saya sekarang setiap hujung minggu saya dan rakan-rakan akan berkumpul di Telupid, sebuah pekan terpencil di tengah-tengah Sabah. Bila dah berkumpul ni baru la kami putuskan mahu ke destinasi mana untuk habiskan cuti hujung minggu.
So, sepanjang 5 bulan ni banyak juga la tempat yang saya dah pergi di Sabah dan akan saya kongsikan dengan semua pembaca blog ni. Mungkin ini sebahagian saja tempat menarik di Sabah, tapi berbaloi la untuk 5 bulan di sini kan? Nanti akan saya update lagi mengenai tempat-tempat menarik lain di Negeri Di Bawah Bayu ni..
BUKIT BENDERABukit bendera ni letak dia di tengah-tengah Kota Kinabalu. Sekitar dia ada Dataran Merdeka, perhentian bas, dan berdekatan dengan Kg Air. Apa yang menarik di sini ialah menara peninjau yang di bangunkan di lereng bukit. Dari situ kita boleh lihat bangunan-bangunan di Bandar Kota Kinabalu dan pemandangan laut yang cantik dengan kapal-kapal yang besar.
*Menara peninjau*
*Cantikkan view dia? Satu bandar boleh nampak*
*View laut pun cantik*GUNUNG KINABALUJom naik gunung kinabalu! Ada kawan saya ajak naik gunung ni. Dia kata alang-alang datang Sabah tidak sah kalu tak daki gunung kinablu. Dari informasi yang kawan saya tanyakan kalau mahu daki gunung ni kena bayaran RM200 seorang lengkap dengan peralatan untuk pendakian. Pun begitu, pendaftaran perlu di buat awal dan proses pendakian hanya boleh dilaksanakan selepas setahun mendaftar untuk mendaki. So, kalu mahu daki juga gunung setinggi 4 095 meter dari aras laut ni, terpaksa la rancang awal-awal.
*Gunung tertinggi di Malaysia*
*Siapa kata Gunung Kinabalu tinggi? Acu tengok betul-betul..*KARAMBUNAIHah! Pernah dengar tak pasal Karambunai ni? Saya pun baru sekali sampai sana. Rupanya ada tempat berkelah yang cantik juga. Karambunai ni seakan-akan pusat rekreasi la kalu di semenanjung. Apa taknya ada banyak aktiviti air di sini. Antaranya naik pelampung dengan ditarik bot. Uih, bestnyer tengok orang lain naik. Huhu.. Sendiri pun belum merasa lagi naik mendalah tu. Pun begitu, sekali masuk kena bayaran RM10 seorang dan kalau mahu bermain permainan yang disediakan di sini perlukan bayaran tambahan bergantung pada permainan apa yang korang mahu main. Di sini merupakan kuala yang menghubungkan laut dengan sungai. So, tempat pertembungan antara air masin dengan air tawar la ni kiranya. Kalau korang susah memikirkan tempat perkelahan untuk buat kem pelajar sekolah, Karambunai adalah satu tapak sesuai untuk dipertimbangkan.
*Welcome to Karambunai*
*Jeti Karambunai*
*Dapat posing atas bot tak bergerak pun jadi la..*
*Kalau mahu menginap, boleh datang resort ni*
*Tapi bayaran dia mak datuk! In range RM880-RM10 000..*RESTORAN GANYANGHmm, tak pasti la.. Ganyang ke Gayang? Tapi yang aku pasti kalau dah merasa makanan kat sini pasti tak lupa untuk datang lagi. Letaknya di Jalan Sulaman Kota Kinabalu berdekatan dengan Sepangar. Di restoran ni ada banyak makanan terutama seafood yang segar-segar. Pilih saja yang mana mahu dari dalam akuarium tu, nanti diorang akan sajikan dalam masa yang singkat. Mahu bakar? Goreng celup tepung? Masakan tiga rasa? Fuh, pasti tak kering air liur memikirkan semua tu. Huhu..
*Meh pilih udang*
*Banyaknya lauk*
*Ikan masak tiga rasa*
*Kenyang betul.. Siapa mahu bayar ni?*MASJID NEGERI SABAHDah seronok-seronok dengan nikmat dunia ni kan as a muslim apa kata kita singgah solat di Masjid Negeri Sabah ni dulu. Letaknya betul-betul di tengah bandar berdekatan bangunan MUIS dan Wisma Persekutuan. Dalam tu ada air-con lagi. Tapi kena naik sembahyang dalam dewan solat utama la baru merasa air-con.
*Masjid Negeri Sabah*
*Apa la diorang ni buat. Tak sudah-sudah posing..*PORING, RANAUKalau di Terengganu ada Kolam Air Panas La, di sini pun ada juga Hot Spring, Ranau. Cuma di sini ada panas lagi air dia. Ada kawan saya kata air panas di sini boleh kasi masak telur kalau rendam lama-lama. Entah la, aku pun tak cuba test masak telur kat situ. Pun begitu saya akui memang panas juga la air dia. Terpaksa campur dengan air sejuk sket. Huhu.. Kalau tak, boleh masak juga kulit ni.. Bayaran masuk sini untuk dewasa RM3 seorang dan kalau bawah 18 tahun kena bayaran RM1 je seorang. Ada tujuh tingkat air terjun semuanya, pun begitu satu tingkat pun tak naik hari tu sebab kami fokus untuk mandi air panas je masa tu. Jadi duk mandi-manda kat bawah je la. Kalau mahu panjat sampai tujuh tingkat tu mahu cecah separuh hari juga tu.. Maybe lain hari kot.
*Ticket please..*
*Rujuk peta dulu, kang sesat nanti*
*Pintu masuk Poring*
*Jambatan gantung*
*Nak mandi kolam yang besar ni ke?*
*Atau yang kecil ni?*
*Dah puas mandi kan? Jom! pulang..*PANTAI TANJUNG ARUPantai Tanjung Aru ni memang terkenal la di Sabah ni. Tidak perlu bertanya panjang, ramai yang tahu tempat ni. Aktiviti best, mandi air laut yang memanjang cetek dan menikmati ikan bakar. Syok juga la. Letaknya dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2. Tapi aku tak mandi pun datang sini, terlalu terbuka la tempat dia. Kalau tak malu boleh je mandi-manda kat sana. Pepun, kalau tak mandi, pe lagi yang boleh aku syorkan kat situ.. Cuci mata la tengok orang lain mandi. Haha..
*Hmm, mana mahu pergi ni aaa?*
*Cantik kan pantai dia*
*Ni baru dinamakan 'cuci mata'*
*Bersama kawan-kawan seperguruan*Kalau rasa mahu pergi shopping kat Sabah boleh kunjungi Kompleks Karamunsing, City Parade atau pun Center Point, dan One Borneo..
*Kompleks Karamunsing*
*City Parade*
*One Borneo*Ni foto-foto yang sempat saya rakamkan as kenangan di Sabah ni.
*Barbeque Sotong dan Udang Bakar malam sebelum pergi Poring*
*Barbeque ikan bakar pun ada*
*Ada gaya tak jadi promoter Hotlink*
*Tempat jauh lagi dikenang, apa lagi tempat sendiri kan? Rindunya sama wife ku nun di seberang sana*Wokeylah, dah tengah malam ni. Saya pun dah mengantuk nak taip lagi. Nantilah akan saya update lagi di lain masa. Wassalam..