Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berterawikh dan Berpuasa

Setelah Allah menciptakan nafsu, Allah berkata, "Wahai nafsu, siapakah engkau dan siapakah Aku?" Nafsu menjawab, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Maka Allah campakkan nafsu ke dalam neraka panas dan neraka sejuk (rasa sejuk yang dahsyat) beratus2 tahun dan dikeluarkan, masih juga dijawab dengan jawapan yang sama, hinggalah Allah mencampakkan rasa lapar kepada nafsu, maka lemahlah ia dan berkata "Engkau ialah tuhanku dan aku adalah hamba-Mu"

Pengajaran dari kisah ini adalah Allah yang menciptakan nafsu dan Allah Maha Tahu apa yang membuatkan nafsu lemah..nafsu boleh jadi jahat even dibakar dalam api, manusia masih jahat walau di bumi2 gersang yang mataharinya panas membakar kulit dan manusia masih jahat di bumi2 sejuk yang membeku. Tetap nafsunya boleh jahat. Tapi kalau diuji dengan lapar, manusia akan lemah...kenapa? SEBAB ALLAH YANG CIPTAKAN MACAM TU...

Pengajaran: Nak tunjukkan nafsu tu sombong, tapi boleh ditundukkan dengan mengurangkan makan. Perut punca segala nafsu. Makanan yang tak baik punca nafsu mengganas. Makanan yang baik dari hasil yang baik disediakan oleh orang yang baik dengan cara yang baik merupakan punca nafsu tunduk, juga Allah sebut dalam Quran, untuk kawal nafsu, maka banyak2 berpuasa. Kejadian ini juga sebagai asbab, kenapa turunnya suruhan berpuasa dan kaitannya dengan cara menundukkan nafsu..

Sebab tu dalam mazhab syafie, waktu qiam, kena letak tangan kat perut (sebab sebagai tanda perut punca segala nafsu). Mazhab2 lain ada yang letak tangan di sisi, sebab seluruh tubuh adalah punca nafsu, ada letak di bawah pusat (kemaluan punca kejahatan) atau di dada (hati punca kejahatan). Semua saling berkaitan dan tidak ada satu pun yang salah...

Sama macam kenapa lelaki jatuh cinta kat perempuan dan perempuan jatuh cinta kat lelaki? SEBAB ALLAH CIPTAKAN MACAM TU (Kecuali orang yang melampaui batas dia akan mencintai kaum sejenisnya)

Sama juga kenapa nafsu lemah dengan lapar? SEBAB ALLAH CIPTAKAN MACAM TU (kecuali bagi orang yang berpuasa makan minum, tetapi tidak 'berpuasa' yang lain2, maka sedikit pun tidak dapat mencegah kejahatannya. Justeru itu, sebenarnya dia 'tidak berpuasa', maka tidaklah nafsunya tunduk kecuali sedikit (itu pun kerana letih tak makan dan minum, jadi kuranglah sikit jahatnya)

JADI JAWAPANNYA KERANA ALLAH YANG CIPTAKAN LAPAR UNTUK MELEMAHKAN NAFSU...

Sebelum nafsu diciptakan lagi, Allah telah tahu bahawa lapar akan menundukkan nafsu. Tapi Allah sengaja campakkan nafsu dalam neraka panas dan sejuk untuk kita ambil pengajaran (tapi kita selalu tanya, kalau Allah dah tahu, kenapa tak terus campakkan rasa lapar untuk lemahkan nafsu? kenapa mesti campak dalam neraka2 lain dulu?

Sedangkan Allah sengaja ciptakan peristiwa itu untuk buktikan kepada kita sekali pun di mana2 bumi kita berada, dalam panas atau sejuk, sekalipun kita tahu neraka wujud, sampai tahu perbuatan kita boleh dibakar dalam neraka, tetap juga kita jahat..... kecuali dengan banyak berpuasa... maka lemahlah nafsu kita...

Selamat berpuasa dan beramal

P/S: Artikel dipetik dari emel seorang rakan kepada penulis.

Tuesday, August 3, 2010

Karenah Hasya, Kini 9 Bulan

Assalamualaikum,

Lama rasanya tak kemaskini blog ni. Terdetik pula idea nak menulis kat blog ni bila melihat gambar-gambar Hasya dalam telefon bimbit. Hasya sekarang dah besar. Jauh lebih besar berbanding sembilan bulan yang lalu.. huhu..

Hasya sekarang makin aktif. Tengok saja gambar di bawah. Habis printer Brother ibu dan abahnya dia kerjakan. Dijadikannya seperti mainannya, boleh panjat dan duduk di atas tu sesuka hati.

Dulu, Hasya hanya pandai tengok sahaja printer tu sebab printer tu lebih tinggi dari dia. Mana taknya, beberapa bulan yang lepas Hasya hanya pandai meniarap je.

Sekarang, boleh dikatakan hari-hari Hasya akan naik dan duduk atas printer tu. Dibuatnya macam bangku. Kalau ibu dan abah ada, bolehlah melarang.

Selalunya, abah letak Hasya ditempat lain yang jauh dari printer tu. Tapi, tak sampai seminit, Hasya datang balik. Tak boleh celah sebelah kiri, Hasya celok sebelah kanan abah. Kuat betul azam dan iktikad Hasya usahakan nak dapat naik atas printer tu. Semangat tak mudah mengalah yang bagus ditunjukkan oleh anak ibu dan abah sorang ni. Sayangnya, tak kena pada tempatnya.

Akhirnya, abah buat keputusan. Gaji abah bulan ni abah belanjakan membeli kabinet yang lebih tinggi dari Hasya.

Namun, sesuatu yang diharapkan tak sempurna datangnya. Abah hanya mampu beli kabinet yang tak siap. Sampai kerumah hanyalah kepingan-kepingan papan lapis yang belum bercantum menjadi sebuah kabinet. Puas abah fikirkan macam mana nak buat. 10 minit jugalah abah hanya belek kertas manual pengguna yang dibekalkan dalam pakej bungkusan kepingan papan lapis yang abah beli. Masa merujuk manual pengguna tu, sempat jugalah Hasya datang menempel disebelah. Hai, manalah ibu Hasya ni.. Biarkan Hasya terlepas bebas..

1 jam selepas usaha mencantumkan kabinet tu, dapatlah hasilnya seperti gambar di bawah. Berjaya, walaupun belum sepenuhnya sempurna..

Akhirnya, selepas 2 jam mengerjakannya dapatlah sebuah kabinet yang tercantum indah dan tinggi dari Hasya. Usaha dan pengalaman yang cukup menarik dalam mengharungi detik-detik pemasangan kabinet ini. Sempat juga terdetik dihati, dengan nada riak dan sombong, pandai juga aku ni.. Astaghfirullah Al'azim.. Mohon keampunan dari Allah swt.

Kini, kabinet yang siap dicantum abah letakkan disebelah kabinet tv. Sememangnya kabinet abah beli itu lebih tinggi dari kabinet tv dan yang lebih penting ianya lebih tinggi dari Hasya. Lihat sahajalah gambar di bawah. Hasya hanya mampu berdiri di bawahnya. Tersenyum sinis. Apa yang penting, hasrat Hasya untuk bermain dengan printer ibu dan abah tak lagi tercapai.

Dengan kata lain, mission accomplished..

Friday, June 18, 2010

MAJLIS PERTUNANGAN - PATUHI SYARIAT, UBAH ADAT (YANG MENYALAHI SYARIAT)

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Surah al-Hasyr, 59: 7)

Perkara yang menyalahi syariat;

Ada di kalangan orang Melayu dalam Majlis Pertunangan yang menyangka gadis yang bertunang itu boleh membuka auratnya untuk dilihat oleh lelaki tunangannya, atau si lelaki boleh memegang tangan untuk menyarung cincin, atau bergambar berdua.

Ada pula yang mengadakan upacara `bersanding tunang' malah diadakan di dalam MASJID! (Pertunangan Siti Nurhaliza dan Datuk K). Yang menjadi masalah bila artis-artis ini ditiru oleh orang Melayu. Syariat tidak boleh diubah mengikut selera wahai orang Islam! Majlis yang berniat makruf menjadi maksiat. Jadi ikutlah panduan ulama' dan ustaz dan ustazah yang berpegang kepada syariat, bukan mengubah-ubah mengikut adat.

Terdapat sebahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan mendedahkan bahagian-bahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada... (mahram mereka)...” (Surah an-Nuur, 24: 31)

P/S: Dulu penulis hanya biasa mendengar perkara ini berlaku dibandar2. Tapi, hari ini penulis melihatnya sendiri dikampung2 berlaku lelaki menyarung cincin pertunangan kepada wanita, bersalaman, bergambar berdua malah berpakaian sedondong seperti hari perkahwinan mereka. Padahal masing2 belum berstatus mahram jika hanya bertunang selagi tidak melakukan akad nikah. Mak ayah hanya mengomel dari jauh tidak merestui perkara tersebut. Namun, tidak pula mencegah dengan perbuatan. Jika dibiarkan, penulis risau perkara ini akan menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam padahal syariat jelas mengatakan tidak boleh!

Thursday, June 17, 2010

22 Sifat Buruk Bangsa Yahudi (tertulis dalam Al-Quran)

Dalam Al-quran sedikitnya disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:

1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160;
Al-Maidah:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali
Imran:110; An-Nisa:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti
mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran
(Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi
cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran
(Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk
mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti
kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran
(Al-Baqarah:171)

10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang
batil (Ali Imran:71)

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang
orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya
(Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah
SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri
(Al-Baqarah:88,120,145,146)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa
mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan
menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah
(Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin
(An-Nisa:53)

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam
(Al-Baqarah:90,105,109,120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus,
menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut
akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas
(Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik
(Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara
dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam
(Al-Baqarah:206,212,247)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah
(Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

Wallahualam.

P/S: Di petik dari emel penulis.

Wednesday, June 16, 2010

Trip to Sekayu Waterfall

Assalamualaikum,

15/6/2010, sempena cuti sekolah yang masih berbaki beberapa hari lagi seharusnya diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Sesekali aktiviti kekeluargaan akan menambah eratkan lagi hubungan dengan aktiviti-aktiviti bersama. Hari ini, keluarga mertua telah merancang untuk keluar beriadah ke Sekayu. Satu tempat yang mempunyai keindahan alam semulajadi yang segar dengan keindahan hutan dan keasyikan bunyian binatang dan deruan air terjun yang deras.

Hampir setiap hari kami menghadiri jemputan makan kenduri kahwin di sana-sini memenuhi ruang perut dengan masakan gulai daging, agak memualkan juga untuk keluar lagi ke majlis seperti ini. Namun, jemputan wajib dipenuhi. Mahu tidak mahu, kena pergi juga. Al-maklum orang dah jemput dengan baik kenalah pergi. Mana tahu suatu hari nanti kita pula yang akan mengadakan majlis seperti ini. Ada pula yang tidak datang kerana kita juga tidak hadir jemputan mereka. Pun begitu, hukum menghadiri jemputan apabila sudah dijemput adalah wajib kecuali dengan sebab-sebab tertentu kita tidak dapat memenuhi jemputan tersebut seperti tiada kenderaan untuk kita sampai ke majlis yang jauh, sakit dan sebagainya yang membuatkan kita berhalangan untuk memenuhi jemputan. Justeru itu, kita digalakkan bertanya khabar. Sekarang bukan susah hendak bertanya khabar, cuma ringankan tangan mengangkat gagang telefon, tekan nombor dan kita boleh bercakap dengan individu yang kita inginkan. Tak pun, zaman makin canggih ini ramai yang sudah cekap ber'facebook' bukan? Buka saja laptop, hantarlah apa-apa mesej bertukar-tukar maklumat dan pendapat. Apa-apa pun, berpadalah dalam menggunakan teknologi maklumat alaf baru ini agar bil tidak melambung dan dapur masih berasap bagi kaum hawa.

Berbalik pada percutian ke Sekayu. Pada hari ini, kami dengan konvoi dua buah kereta bergerak dari rumah mertua di Marang ke Air Terjun Sekayu mengambil masa lebih kurang 30 minit. Masing-masing membawa bekal baju dan seluar ganti. Bukan apa, memang dari rumah dah rancang nak mandi air terjun sekayu yang sejuk itu. Urusan perbekalan, bagi kat orang perempuan lah. Selalunya yang jadi mangsa emak la kan?

Sampai-sampai je terus ambil gambar kat depan pintu masuk. Nampak tak gambar kat belakang tu? SELAMAT DATANG KE HUTAN LIPUR SEKAYU. Sebenarnya, kawasan air terjun Sekayu ini ialah hutan simpan yang di pelihara oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Darul Iman.

Selepas mendaftar nama di pondok pengawal, kami pun berjalan masuk mencari tempat untuk mendaratkan bekalan dikiri kanan tangan kami. Bekalan banyak, mesti la berat kan? Tapi aku dukung Hasya je. Bekalan? Isteri bawakan..

Buang dulu la drypers Hasya ni. Kang masuk air bertambah berat dia nak kena pegang. Jom main-main air dengan kaki dulu. Tengok dia nak main tak. Ada budak-budak ni dia takut nak masuk dalam air. Tapi Hasya macam suka la plak. Air berkocak kena muka dia, berkekek dia ketawa. Tu maksudnya boleh la tu main air kan?

Sempat pinjam pelampung lagi tu. Pelampung tu Abang Ha beli untuk Alisya tapi Alisya tak nak turun main air. Sejuk kot. Akhirnya, jadi mainan Hasya pula. Bertuah betul Hasya ni. Dia pula yang lebih-lebih main pelampung tu. Bukan main seronok lagi. Mula-mula Hasya nampak takut-takut juga. Yelah, kerusi tolak kat rumah nun kaki boleh jejak lantai tapi pelampung ni kaki tak dapat jejak pasir kat bawah tu.

Dah tak takut lagi duk dalam air bolehlah ajar Hasya berenang pula. Nanti besor boleh tolong ibu dengan abah dia yang tak pandai berenang ni. Bukan tak pandai, tak habis belajar berenang dulu masa kecik-kecik. Dah besar ni malu la nak belajar lagi. Tu la, masa kecik tak belajar sungguh-sungguh, dah besar malu sendiri la pula..

Lama juga Hasya main air. Dia pun nampak dah menggigil dah baru kami bawa naik. Buka baju basah, keringkan dan salin baju. Tak lama lepas tu Hasya pun tidur. Letih bermain air kot. Tengok atas tu. Lena betul dia tidur sebelah mak.

Hasya dah dibuai mimpi kat atas nun dengan mak. Ni la masanya ibu dengan abah dia pula mandi air terjun. Bestnyer la duk kat air deras menimpa belakang badan. Macam diurut-urut dengan air tu. Jimat letrik untuk 15 minit kalau guna mesin urut ogawa kat rumah. Urut pakai air terjun ni lagi best rupanya. Tapi kaki pula lenguh dek menahan deras air. Tak tahan kang hanyut kami ni nanti.

Puas bermandi-manda kami pun naik berjemur sekejap atas batu besar. Bergambar dulu la kan. Bukan selalu dapat datang sini main air. Selepas salin pakaian, kami pun bergerak pulang. Hasya sampai dalam kereta baru sedar dari tidur. Itu pun sebab kena angkat nak bagi kat ibu dia kat sebelah. Kalau tak, lena lagi tidur dia tu.

P/S: Awal bulan lapan ni, InsyaAllah, datang lagi ke Sekayu. Rombongan hari keluarga sekolah pula..