Wednesday, January 28, 2009

Now my status.. Married..

24 Januari 2009

Satu lagi detik bersejarah dalam hidup aku...

Bermula 22 Januari 2009 aku memulakan perjalanan balik ke kampung nun di Terengganu. Lebih kurang jam 2 petang aku keluar dari kawasan sekolah menumpang kereta Ford Ranger guru besar menuju ke bandar Sandakan. Malam tu aku berehat dulu di hotel sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Pagi 23 Januari 2009 tepat jam 6.15, aku check out dari hotel menaiki teksi menuju ke Airport Sandakan. Flight aku jam 8.15 pagi tu ke Kota Kinabalu. Aku sampai di Kota Kinabalu jam 9.30 pagi. Waktu sepatutnya aku sampai 9.00 pagi. Tapi korang tau je lah bila naik flight Air Asia ni. Selalu delay.. Lepas ni aku akan ke Kuala Lumpur plak. Tapi flight aku kul 5.10 petang. Jadi bermula la episod boring aku di Airport Kota Kinabalu tu mundar-mandir tak tentu hala. Mana tak boring kalu dah kena tunggu hampir 7 jam dengan takde keje buat. Tapi sebab pikirkan nak balik kawen terus tak rase masa berlalu. Huhu..

Flight aku mendarat di Kuala Lumpur jam 7.45 malam. Dari situ aku amek bas ke KL Sentral sebab dah janji ngan kakak aku jumpa di sana. Lebih kurang jam 10.00 malam kakak aku pun sampai dari Subang, dan kitorang gi mengalas perut dulu kat Kampung Abdullah Hukum. So, perjalanan balik aku jam 11.00 malam baru bertolak dari KL tu. Abang ipar aku drive dulu sampai Bentung. Pastu aku amek alih drive kete sampai Terengganu.

Aku sampai umah aku lebih kurang jam 5.00 pagi. So, balik-balik je memang aku balun tidur sampai nak jadi ‘Subuh Gajah’ gak r.. huhu..

Pagi 24 Januari 2009, aku selamat diijabkabulkan dengan Habsah lebih kurang kul 10.30 pagi. Cam tak caye je dah jadi suami. Jadi cukup r aku ceritakan sampai di sini kan? Takkan nak cerita sampai malam plak. Huhu.. Rahsia suami isteri r kan. So, aku kongsikan gambar-gambar kenangan kawen kitorang kat bawah ni.


Ijab Kabul oleh kadi Hj Abdullah bin Mohamed
di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang.



Selesai Akad Nikah.



Bersama ayah aku (baju kuning) dan ayah mertua (baju merah).



Rombongan aku ke rumah pengantin perempuan. Jalan becak sket sebab hujan pagi tu.



Sarung cincin.



Acara membatal air sembayang.



Wang hantaran.



Bersanding.. Bukan nak bersanding sangat pun tapi sebab dah tempah jurufoto kena r ada pelamin sket.



Pengantin bersama mak aku (baju cokelat) dan mak mertua (baju oren).



Baju lain plak. Ni baju sponsor, free r. Baju sewa warna hijau.. Allahu Akbar..



Kek kawen.



Bersama kawan aku merangkap pengkritik tetap blog aku nih. Kitorang kenal masa sama-sama study kat UTM dulu lagi. Hasni, terima kasih sebab sudi datang..


Kawan-kawan yang lain pun ada datang tapi tak sempat bergambar ngan korang. Huhu.. Pepun, terima kasih banyak-banyak khususnya buat Rashid, Iwan, Kumad sekeluarga, dan geng-geng KOKITAB yang lain.

Monday, January 19, 2009

Doa untuk pasangan bercinta

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Tuhanku, aku akui kekuasaanMu, nikmat, lagi rahmat buat diriku tidak terbalas olehku, ya Allah..

Ya Tuhanku, hambamu ini mensyukuri rahmat yang Kau beri. Umpama rezeki melimpah ruah, ya Allah. Alhamdulillah..

Dengan rahmatMu ya Allah, Kau pertemukan kami, maka satukanlah hati kami, titipkanlah rindu antara kami, mekarkanlah cinta antara kami. Lantas peliharalah kami ya Allah dari bisikan iblis yang datang menggoda, agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama..

Ya Rahim, permudahkanlah jalan jodoh kami serta dipermudahkan rezeki kami..

Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur. Dengan rahmatMu ya Allah, sinarilah hati kami dengan nur Iman yang bergemerlapan, agar kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang hanya pinjaman semata..

Amin, amin. Ya Rabbil A'lamiin..

Wednesday, January 14, 2009

SABAH.. Here I Come...

SK KIRONGGU TELUPID
WDT 08, 89300 TELUPID

Alamat tu r aku dapat masa pembagian penempatan 11hb ari tu kat Hotel Sanbay, Sandakan. Blank kejap pale ni mikir. mana r letaknya sekolah tu. Ari pertama aku jejak kaki kat sekolah ni takut jugak sebab masuk jalan berbatu jauh nun dalam hutan. Seram.. takut pun ada jugak..

Tapi skang dah hampir seminggu aku duk sini. Best jugak rupa2nya. Sekolah ni ada 27 orang murid je. Yelah sekolah pedalaman. Berapa sangat ada penempatan orang tinggal.. Cikgu pun termasuk aku 8 orang je. Tapi semua orang sini non muslim. Murid2 pun non muslim. Termasuk aku 4 orang je cikgu yang muslim. Tapi tu tak jadi hal sbb diorang faham apa yang boleh dan apa yang tak boleh jadi orang Islam ni. Walaupun pedalaman tapi penduduk sini takde r ketinggalan. Ape taknye, rumah diorang ada astro maa.. Walaupun takde letrik, air, tapi diorang leh agi amik tau perkembangan dunia luar. Sini diorang guna 'genset'. Bahasa kita generator r untuk letrik. Air diorang guna air bukit. Tapi musim kemarau diorang tadah air hujan dalam tangki.

Talian telefon pun takde jugak. Tu yang buat aku lemas duk sini. Sian ke tunang aku takleh dengar suara aku. huhu.. Tapi kat sekolah tu ada internet. Hah, jangan terkejut plak. Walaupun sekolah pedalaman takde kemudahan asas tapi ada internet jugak lagi. Sekurang2nya leh r aku berhubung ngan dunia luar kan? Bleh jugak aku chat ngan tunang kat semenanjung (waktu luar kerja r). Tak pun guna emel..

Kadang2 aku rasa sunyi jugak duduk sini. Tapi orang sini baik2. Ramah2 semuanya. Jadi takde r aku sunyi sangat. Skang leh kata tiap2 petang lepas abes sekolah aku ngan cikgu2 sni main badminton kat dewan depan rumah penolong kanan. Sini r aku leh kenal ngan orang2 kampung. Dewan tu dulunya sekolah. Tapi bila dah ada tapak sekolah baru tempat aku mengajar sekarang. Dewan tu jadi tempat main badminton r plak. Aku pun tengah slow2 jugak belajar bahasa diorang.. Ada r satu dua bahasa yang aku tau cam 'semandak' = perempuan cantik.. Tu je r dulu hok aku tau. huhu..

Saturday, December 27, 2008

Posting

Adui.. Adui.. Adui.. Seramnye mikir ke posting. Bebaru ni leh check dah kat tenet tempat posting. Waaa… nak nangis wase. Tp aku sedar aku lelaki.. So, kna kontrol macho r.. Jgn nangis.. Jgn nangis.. Tarik nafas dulu. Hnsss…

Korang tau ke negeri mana aku dapat? S A B A H !! Huhu..

Kalu korang, korang nangis tak? Huhu..

Gane ni ek? Takut ada. Seram ada. Seriau pun ader.. Tp prasaang ni wujud malam 20hb Disember tu jer masa leh check posting sbb aku sorang2 je tau dapat Sabah. Esoknya, byk la feedback aku dapat. Rupanya, leh kata satu course aku kat IPIS tu dapat Sabah. Huhu.. Tang tu yang best tu. Kurang2 aku ada jugak member turut serta. Tapi tengokkan pada jumlah yang dapat tu. Aku leh rase cam wat rombongan laks nak gi Sabah nanti. Huhu..

Pepun yang aku sedih tu tunang gue dapat Nogori Sombilan. Jauhnyee.. Tp xpe, nnt aku ajak dia gi Sabah sama. Hm, tengok r..

Yang best lagi orang kata kat Sabah ok dah. Tak macam suatu ketika dulu. Tak banyak kemudahan lagi. Skang dah ada macam2. Cam Astro tu. Macam2 ada.. Orang kata jugak barang2 kat sana murah2 ek. Tanah pun murah. Hmm, leh r bukak wilayah baru ni kang.. huhu. Tapi aku harap2 ada r line tepon. Sian r ke tunang aku tu nanti kalu takdok line tepon. Gane nak berhubung. Huhu..

K lah, sampai sini je r dulu ek. Dekat2 nak kawen ni sokmo takdok masa. Tunang panggil r. huhu.. bye..

Friday, August 22, 2008

Pertunanganku

Pada malam 19 Ogos 2008, aku telah pun selamat ditunangkan dengan pasangan pilihanku, Habsah, dirumahnya di Seberang Marang. Lebih kurang 8 buah kereta berkonvoi selepas Isyak pada malam tersebut dengan aku mengetuai rombongan. Huhu.. Rasa cam ketua laks duk depan2.. Nak wat gane kan? Semua orang tak tau lagi rumah pasanganku ni.

Jadi nak ceritalah sket camne kami ni leh berjumpa dan sampai melekat dan nekad nak hidup bersama ni kan.. Huhu.. Malu ar plak nak citer kat internet ni.. Tapi takpe sekadar pengetahuan am korang je ar kan secara umum. Kalu nak detail2 kena jumpa ar kita sembang panjang2 ek..

Kami dah lama kenal, masa tu tahun 2003 lebih kurang kat UTM, Skudai. Kami amek bidang yang sama, Sains Komputer. Cumanya pasanganku ni merupakan junior aku kat universiti tu. Kami duk satu kolej dan sama2 menjadi ahli Biro Kerohanian kat kolej tu. Nak dijadikan cerita bermulalah dari situ kami saling kenal2. Biasa ar kan, mesti ar tak puas kalu jupe kejap2 je. 2 pun time ada meeting k, baru leh jupe. So, dek kerana dunia dah berubah dan zaman dah canggih ni, dipendekkan cerita kami pun bertukar2lah nombor henset. Bermula dari situ la kami dah start mesej2 plak. Tapi masa tu iman duk kuat lagi. Sebab masing-masing nak tumpukan kat pelajaran, kami putuskan untuk jadi kawan jer. Huhu..

Dipendekkan cerita tahun 2005 aku pun graduate. Tapi si dia tak graduate lagi. Ye ar dah junior kan? Takkan graduate sama2 kot. So, lepas tu kami pun jarang dah mesej2 ni. Dah dulu pun memang kawan je. So, takde menda ar yang nak rase prasaan2 ni lagi kan? Dan bermula saat tu la, kitorang pun dah tak berhubung sangat. Masing2 bawak haluan ar kan..

Tapi tahun 2007 aku dapat tawaran kerja ngan syarikat multimedia kat Terengganu. Syarikat ni plak sememangnya melatih pekerja2 baru dan amek pekerja secara berperingkat. Sekali lagi memang aku tak jangka si dia ni pun tengah buat latihan masa tu ngan syarikat ni. Tapi waktu tu aku dah kerja dengan syarikat ni secara kontrak 1 tahun bermula januari 2007. Dan dia plak tamat latihan bulan 5 dan start masuk keja kat syarikat tu dalam awal bulan 6. Hm, dipendekkan lagi ceritanya orang dah lama tak jupe, pe lagi banyak la menda nak dicakapkan. Dah dia skang jadi junior aku plak skali lagi kat syarikat tu. Pe lagi rupanya hubungan aku ngan dia ni di hidu rakan sekerja lain. Terus plak jadi gosip hangat kat ofis tu. Huhu.. kena lagi aku. Tapi masa tu pun kami takde la mikir couple2 lagi kan? Ye la, still dia kuar makan tengahari ngan member dia, aku dengan member aku..

Di pendekkan lagi ceritanya, aku dah hampir tamat kontrak ngan syarikat ni. Jadi sebelum tu ada la aku mintak apply kursus KPLI untuk jadi cikgu plak. Berkat kesabaran dan doa mak bapak maka aku pun dapat tawaran tu di Institut Perguruan Islam Selangor, dan sampai sekarang ni aku masih lagi menuntut kat situ. Apa hubungannya ek aku citerkan menda ni semua? Nak dijadikan cerita.. Maybe jodoh kami kuat gaknye. Rupanya dia pun ada memohon untuk kursus KPLI jugak pada masa tu dan dapat tawaran belajar di institut yang sama denganku dan dalam bidang yang sama juga iaitu Pengajian Matematik. Hah, terkejut jugak pada mulanya.. yelah kan. Dah ar gosip tengah hangat sebelum tu. Dah jadi gini lagi ar mendidih dah aku rasa gosip antara kami ni nanti. Huhu..

Dan pada bulan Disember tahun 2007 tu jugak ar, maybe disebabkan gosip yang datang dari banyak arah sampai tak sempat nak tangkis tu, kami pun decide nak couple. Dah dia pun single dan aku pun sorang. So, kami pun in relation la kata orang kan? Tapi takde ar mudah camtu kan? Takut jugak nak bagitau isi hati mulanya, tapi orang kata masing2 memang dah ada rasa..

Dan skang aku pun bertunang... Huhu.. Rasa cam mimpi laks. Tapi ni lah realitinya.. Dan aku harap hubungan kami ni berkekalan bahagia. Korang pun jangan lupa doakan kami ek.. Ni lah impianku yang tercapai satu lagi tahun ni. Bila plak kami nak kawen ek? Tunggu je ar.. Huhu.. tak saspen ar kalu bagitau semua menda skali gus kan? Kan? Kan?


~Tunangku Habsah~



~Selesai upacara menyarung cincin~



~Kek pertunangan~



~Hantaran~