Tuesday, February 24, 2009

Canteknya Kejadian Manusia

Bulan 1: 0-4 minggu
Bersaiz 2mm panjang. Otak, saraf dan tanda muka telah mula terbentuk.

Bulan 2: 4-8 minggu
Organ-organ lain mula terbentuk, antaranya tulang muka, mata dan warnanya, jari kaki dan tangan juga mula kelihatan. Pada minggu ke-6 jantung mula berdenyut.

Bulan 3: 8-12 minggu
Organ utama bayi telah terbentuk. Saiz kepala bayi adalah lebih besar untuk menampung saiz pembesaran otak. Bentuk hidung, dagu dan kelopak mata telah sempurna. Bayi anda akan mula menendang secara lembut.


Bulan 4: 12-16 minggu
Dengan menggunakan ultrasound bunyi jantung boleh didengar. Pada masa ini juga saluran pernafasannya telah terbentuk. Bayi anda boleh menyatakan perasaannya dengan mimik mukanya. Bulu mata, bulu kening serta rambut mula tumbuh. Bayi anda boleh memusingkan kepalanya dan membuka mulutnya.


Bulan 5: 16-20 minggu
Bayi anda berupaya bertindak-balas dengan suara anda. Bayi anda juga boleh menghisap ibu jarinya. Deria rasanya juga telah berkembang dan mampu membezakan rasa pahit dan manis. Cap jarinya sedang terbentuk dan disaluti dengan bulu-bulu halus yang dikenali sebagai "lanugo".


Bulan 6: 20-24 minggu
Badan bayi masih kurus, tapi saiz kepala dan badan telah seimbang. Tulang-tulangnya mula mengeras. Kemaluannya telah terbentuk. Bayi anda telah mula memperlihatkan motion pernafasan. Bayi anda telah mempunyai paten tidurnya tersendiri.


Bulan 7: 24-28 minggu
Bayi anda mula sensitif dengan bunyi dipersekitarannya, ia juga dapat mengenali suara anda. Kadar denyutan jantung bayi anda akan meningkat sekiranya anda bercakap. Pada ketika ini juga bayi anda sedang mempersiapkan dirinya untuk dilahirkan. Lemak mula terbina dibawah kulitnya, rambutnya mula tumbuh, kelopak matanya terbuka dan otaknya mula aktif.


Bulan 8: 28-32 minggu
Bayi anda telah sempurna pembentukannya, bayi anda boleh mengelipkan matanya. Pergerakannya semakin berkurangan kerana berat badanya makin bertambah. Kepalanya tertumpu ke bawah. Kerongkongnya belum lagi matang pembentukannya namun ia mempunyai peratusan yang tinggi untuk selamat jika dilahirkan diwaktu ini.


Bulan 9: 32-36 minggu
Bayi anda bersedia untuk dilahirkan, bayi anda melakukan latihan penafasan, mengulum dan menelan. Bulu-bulu lembut pada badannya mulai hilang. Dan kedudukan kepala bayi adalah pada pelvis.


P/S: Kakak saya ke-4 selamat melahirkan baby perempuan tengahari tadi lebih kurang pukul 12.45.. Syukur Alhamdulillah.. Baby ni anak buah ke-16 doh r. Sorry ek takde gambar. Saya pun belum tengok lagi wajah anak buah baru ni. huhu.. Maybe cuti sekolah bulan 3 ni leh r balik tengok..

Sunday, February 8, 2009

Permata (Untuk Isteri Ku)


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Wednesday, January 28, 2009

Now my status.. Married..

24 Januari 2009

Satu lagi detik bersejarah dalam hidup aku...

Bermula 22 Januari 2009 aku memulakan perjalanan balik ke kampung nun di Terengganu. Lebih kurang jam 2 petang aku keluar dari kawasan sekolah menumpang kereta Ford Ranger guru besar menuju ke bandar Sandakan. Malam tu aku berehat dulu di hotel sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Pagi 23 Januari 2009 tepat jam 6.15, aku check out dari hotel menaiki teksi menuju ke Airport Sandakan. Flight aku jam 8.15 pagi tu ke Kota Kinabalu. Aku sampai di Kota Kinabalu jam 9.30 pagi. Waktu sepatutnya aku sampai 9.00 pagi. Tapi korang tau je lah bila naik flight Air Asia ni. Selalu delay.. Lepas ni aku akan ke Kuala Lumpur plak. Tapi flight aku kul 5.10 petang. Jadi bermula la episod boring aku di Airport Kota Kinabalu tu mundar-mandir tak tentu hala. Mana tak boring kalu dah kena tunggu hampir 7 jam dengan takde keje buat. Tapi sebab pikirkan nak balik kawen terus tak rase masa berlalu. Huhu..

Flight aku mendarat di Kuala Lumpur jam 7.45 malam. Dari situ aku amek bas ke KL Sentral sebab dah janji ngan kakak aku jumpa di sana. Lebih kurang jam 10.00 malam kakak aku pun sampai dari Subang, dan kitorang gi mengalas perut dulu kat Kampung Abdullah Hukum. So, perjalanan balik aku jam 11.00 malam baru bertolak dari KL tu. Abang ipar aku drive dulu sampai Bentung. Pastu aku amek alih drive kete sampai Terengganu.

Aku sampai umah aku lebih kurang jam 5.00 pagi. So, balik-balik je memang aku balun tidur sampai nak jadi ‘Subuh Gajah’ gak r.. huhu..

Pagi 24 Januari 2009, aku selamat diijabkabulkan dengan Habsah lebih kurang kul 10.30 pagi. Cam tak caye je dah jadi suami. Jadi cukup r aku ceritakan sampai di sini kan? Takkan nak cerita sampai malam plak. Huhu.. Rahsia suami isteri r kan. So, aku kongsikan gambar-gambar kenangan kawen kitorang kat bawah ni.


Ijab Kabul oleh kadi Hj Abdullah bin Mohamed
di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang.



Selesai Akad Nikah.



Bersama ayah aku (baju kuning) dan ayah mertua (baju merah).



Rombongan aku ke rumah pengantin perempuan. Jalan becak sket sebab hujan pagi tu.



Sarung cincin.



Acara membatal air sembayang.



Wang hantaran.



Bersanding.. Bukan nak bersanding sangat pun tapi sebab dah tempah jurufoto kena r ada pelamin sket.



Pengantin bersama mak aku (baju cokelat) dan mak mertua (baju oren).



Baju lain plak. Ni baju sponsor, free r. Baju sewa warna hijau.. Allahu Akbar..



Kek kawen.



Bersama kawan aku merangkap pengkritik tetap blog aku nih. Kitorang kenal masa sama-sama study kat UTM dulu lagi. Hasni, terima kasih sebab sudi datang..


Kawan-kawan yang lain pun ada datang tapi tak sempat bergambar ngan korang. Huhu.. Pepun, terima kasih banyak-banyak khususnya buat Rashid, Iwan, Kumad sekeluarga, dan geng-geng KOKITAB yang lain.

Monday, January 19, 2009

Doa untuk pasangan bercinta

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Tuhanku, aku akui kekuasaanMu, nikmat, lagi rahmat buat diriku tidak terbalas olehku, ya Allah..

Ya Tuhanku, hambamu ini mensyukuri rahmat yang Kau beri. Umpama rezeki melimpah ruah, ya Allah. Alhamdulillah..

Dengan rahmatMu ya Allah, Kau pertemukan kami, maka satukanlah hati kami, titipkanlah rindu antara kami, mekarkanlah cinta antara kami. Lantas peliharalah kami ya Allah dari bisikan iblis yang datang menggoda, agar kami sentiasa teguh dalam syariat agama..

Ya Rahim, permudahkanlah jalan jodoh kami serta dipermudahkan rezeki kami..

Jadikanlah kami antara pasangan yang bersyukur. Dengan rahmatMu ya Allah, sinarilah hati kami dengan nur Iman yang bergemerlapan, agar kami tidak hanyut dengan godaan dunia yang hanya pinjaman semata..

Amin, amin. Ya Rabbil A'lamiin..

Wednesday, January 14, 2009

SABAH.. Here I Come...

SK KIRONGGU TELUPID
WDT 08, 89300 TELUPID

Alamat tu r aku dapat masa pembagian penempatan 11hb ari tu kat Hotel Sanbay, Sandakan. Blank kejap pale ni mikir. mana r letaknya sekolah tu. Ari pertama aku jejak kaki kat sekolah ni takut jugak sebab masuk jalan berbatu jauh nun dalam hutan. Seram.. takut pun ada jugak..

Tapi skang dah hampir seminggu aku duk sini. Best jugak rupa2nya. Sekolah ni ada 27 orang murid je. Yelah sekolah pedalaman. Berapa sangat ada penempatan orang tinggal.. Cikgu pun termasuk aku 8 orang je. Tapi semua orang sini non muslim. Murid2 pun non muslim. Termasuk aku 4 orang je cikgu yang muslim. Tapi tu tak jadi hal sbb diorang faham apa yang boleh dan apa yang tak boleh jadi orang Islam ni. Walaupun pedalaman tapi penduduk sini takde r ketinggalan. Ape taknye, rumah diorang ada astro maa.. Walaupun takde letrik, air, tapi diorang leh agi amik tau perkembangan dunia luar. Sini diorang guna 'genset'. Bahasa kita generator r untuk letrik. Air diorang guna air bukit. Tapi musim kemarau diorang tadah air hujan dalam tangki.

Talian telefon pun takde jugak. Tu yang buat aku lemas duk sini. Sian ke tunang aku takleh dengar suara aku. huhu.. Tapi kat sekolah tu ada internet. Hah, jangan terkejut plak. Walaupun sekolah pedalaman takde kemudahan asas tapi ada internet jugak lagi. Sekurang2nya leh r aku berhubung ngan dunia luar kan? Bleh jugak aku chat ngan tunang kat semenanjung (waktu luar kerja r). Tak pun guna emel..

Kadang2 aku rasa sunyi jugak duduk sini. Tapi orang sini baik2. Ramah2 semuanya. Jadi takde r aku sunyi sangat. Skang leh kata tiap2 petang lepas abes sekolah aku ngan cikgu2 sni main badminton kat dewan depan rumah penolong kanan. Sini r aku leh kenal ngan orang2 kampung. Dewan tu dulunya sekolah. Tapi bila dah ada tapak sekolah baru tempat aku mengajar sekarang. Dewan tu jadi tempat main badminton r plak. Aku pun tengah slow2 jugak belajar bahasa diorang.. Ada r satu dua bahasa yang aku tau cam 'semandak' = perempuan cantik.. Tu je r dulu hok aku tau. huhu..