Tuesday, April 14, 2009

ROMANTIKNYA RASULULLAH S.A.W

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian."

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".


Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing. Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa. Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin. Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Thursday, April 9, 2009

VIVA’s Off Road Challenge

Assalamualaikum..

Kali ni nak kongsikan pengalaman sikit. Pengalaman bawa keluar kereta VIVA dari sekolah merentangi halangan jalan rosak dan jambatan runtuh.. Huhu..

Sekolah pedalaman kat sini biasa dah dengan jalan² begini. Dah kalis dah penduduk dan cikgu² yang lama mengajar di pedalaman Sabah ni melalui keadaan jalan yang kurang selesa berbanding jalan² kampung di semenanjung. Tengok je la jalan dalam gambar kat bawah ni. Ni aku ambil beberapa shot gambar je yang sememangnya terlalu teruk dan sukar untuk dilalui oleh kereta biasa, apalagi VIVA..



Ni lubang yang agak dalam juga la. VIVA aku terjungkil juga lalu sini. Jejaka berbaju kuning yang tengah tunjuk jalan rosak tu merupakan cikgu sekolah aku. Dia la yang tolong escort aku dengan pajero dia kalau² aku sangkut nanti dijalanan. Nama dia Cikgu Jimmy..



Gambar seterusnya ni merupakan halangan kedua. Jambatan runtuh. Jambatan ni dibawah dia sebenarnya kayu balak. Lepas tu atas dia dia kasi timbus dengan tanah. Tapi ada satu kayu balak tu dah reput dan patah. Jadi, tanah kat atas dia jatuh ke bawah. Tu yang sampai berlubang tu..



Lubang ni masa aku bawa masuk VIVA minggu sudah belum lagi ada. Mungkin sebab hujan kot 2,3 hari ni. Terus berlubang camni..



Jadi sebagai alternatifnya terpaksa la VIVA aku rentas sungai kat bawah tu.



Masa turun sungai ok. Masalah dia bila mahu naik tebing kat sebelah lagi tu. Sampai kena ada konstruktor plak kat depan. Macam bawa kereta 4WD pulak rasanya.. Huhu.. Mungkin VIVA aku tak puas main air sungai lagi kot. Tu yang susah mahu naik tebing bila dah turun dalam sungai tu. Separuh tayar juga la dalam sungai tu..



Berkakai kereta aku masa naik tebing tu. Tengok gambar kat bawah ni. Oh ye, berkakai tu bahasa kadazan dusun. Bahasa Melayu kata berpusing tayar kat situ je, takleh jalan..



Tayar yang dulunya hitam macam di cat² je. Tukar dah warna dia sama dengan warna tanah. Amacam geng. Kena tolak la ni gayanya..



Akhirnya selepas tiga orang tolong tolak dengan aku drive dari dalam kereta tu, dapat la juga kami lepas halangan tu.. Alhamdulillah..



Gambar kat bawah ni plak halangan ketiga. Jalan rosak berlubang yang amat dalam. Ni la akibat dari air bukit turun merentasi jalan. Sampai jadi gitu sekali jalan tu.. Kat sini jugak la sejarah tercipta bila bumper depan VIVA aku terguris. Tapi nasib baik sikit je. Tanggal cat juga la.. Huhu..



Akhirnya sampai juga di Entilibon. Simpang yang menyambungkan jalan sekolah kami dengan jalan raya yang berturap. Hm, berenti minum dulu weh..



P/S: Ni la antara cabaran guru di pedalaman terutama Sabah dan Sarawak. Masih belum mendapat kemudahan asas yang agak selesa dan sempurna. Pepun, pengalaman dari semua ni cukup berharga buat kami dari semenanjung yang sememangnya tak pernah merasa keadaan sebegini di sana. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Thanks kepada semua yang terlibat membantu kereta VIVA aku tu. Huhu..

Arakian untuk kali ni. Wassalam..

Sunday, April 5, 2009

My own new car

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, lama tak update blog ni kan? Hm, sebenarnya saya menunggu new event untuk update blog. So, apa event kali ni ek? Pe lagi kalu bukan satu lagi pencapaian dalam hidup saya ni..

Jadi saya akan kongsikan dengan anda new event yang berlaku dalam hidup saya ni. Minggu ni saya beli kereta lagi. Kereta VIVA.. Bukan nak menunjuk kaya or berada tapi oleh kerana saya sekarang bertugas di Sabah membuatkan saya perlukan sebuah kenderaan untuk bergerak ke sana sini. SAGA? Sudah saya berikan isteri saya guna ulang alik ke sekolah di semenanjung nun.

Hari ni saya test VIVA baru ni bawa masuk sampai sekolah. Tersangkut juga rupanya. Apa taknya jalan ke sekolah tak berapa elok. Jalan berbatu belum di tar. Tau je lah jalan lama, berlobang sana sini. Tercalar juga la bumper depan kereta sikit. Huhu.. Akhirnya keputusan saya, terpaksa la tinggal diluar, rumah cikgu sekolah ni juga. Pepun, sekurang-kurangnya saya dah ada kereta di sini. Takde la menumpang cikgu-cikgu di sini lagi kalau mahu keluar ke mana-mana. Tapi menumpang juga la, tumpang 4WD cikgu sini dari simpang jalan masuk ke sekolah. Ada la dalam 45 minit menumpang.. Nak buat gane doh kan. Keadaan jalan gitu..

Dulu ada juga cikgu-cikgu sini syorkan saya beli kereta 4WD. Boleh bawa masuk sekolah. Tapi bukan saya taknak beli, harganya MasyaAllah.. Leh tahan juga la mahal. Huhu.. So, buat masa sekarang ni biarlah kereta kecil-kecilan dulu. Ada duit lebih nanti saya beli la yang besar sikit. Tu pun kalau keadaan jalan masuk ke sekolah ni masih tak dibaiki..

Meh la tengok kereta baru saya ni.. Huhu.




P/S: Amacam... Ok ker?

Tuesday, February 24, 2009

Canteknya Kejadian Manusia

Bulan 1: 0-4 minggu
Bersaiz 2mm panjang. Otak, saraf dan tanda muka telah mula terbentuk.

Bulan 2: 4-8 minggu
Organ-organ lain mula terbentuk, antaranya tulang muka, mata dan warnanya, jari kaki dan tangan juga mula kelihatan. Pada minggu ke-6 jantung mula berdenyut.

Bulan 3: 8-12 minggu
Organ utama bayi telah terbentuk. Saiz kepala bayi adalah lebih besar untuk menampung saiz pembesaran otak. Bentuk hidung, dagu dan kelopak mata telah sempurna. Bayi anda akan mula menendang secara lembut.


Bulan 4: 12-16 minggu
Dengan menggunakan ultrasound bunyi jantung boleh didengar. Pada masa ini juga saluran pernafasannya telah terbentuk. Bayi anda boleh menyatakan perasaannya dengan mimik mukanya. Bulu mata, bulu kening serta rambut mula tumbuh. Bayi anda boleh memusingkan kepalanya dan membuka mulutnya.


Bulan 5: 16-20 minggu
Bayi anda berupaya bertindak-balas dengan suara anda. Bayi anda juga boleh menghisap ibu jarinya. Deria rasanya juga telah berkembang dan mampu membezakan rasa pahit dan manis. Cap jarinya sedang terbentuk dan disaluti dengan bulu-bulu halus yang dikenali sebagai "lanugo".


Bulan 6: 20-24 minggu
Badan bayi masih kurus, tapi saiz kepala dan badan telah seimbang. Tulang-tulangnya mula mengeras. Kemaluannya telah terbentuk. Bayi anda telah mula memperlihatkan motion pernafasan. Bayi anda telah mempunyai paten tidurnya tersendiri.


Bulan 7: 24-28 minggu
Bayi anda mula sensitif dengan bunyi dipersekitarannya, ia juga dapat mengenali suara anda. Kadar denyutan jantung bayi anda akan meningkat sekiranya anda bercakap. Pada ketika ini juga bayi anda sedang mempersiapkan dirinya untuk dilahirkan. Lemak mula terbina dibawah kulitnya, rambutnya mula tumbuh, kelopak matanya terbuka dan otaknya mula aktif.


Bulan 8: 28-32 minggu
Bayi anda telah sempurna pembentukannya, bayi anda boleh mengelipkan matanya. Pergerakannya semakin berkurangan kerana berat badanya makin bertambah. Kepalanya tertumpu ke bawah. Kerongkongnya belum lagi matang pembentukannya namun ia mempunyai peratusan yang tinggi untuk selamat jika dilahirkan diwaktu ini.


Bulan 9: 32-36 minggu
Bayi anda bersedia untuk dilahirkan, bayi anda melakukan latihan penafasan, mengulum dan menelan. Bulu-bulu lembut pada badannya mulai hilang. Dan kedudukan kepala bayi adalah pada pelvis.


P/S: Kakak saya ke-4 selamat melahirkan baby perempuan tengahari tadi lebih kurang pukul 12.45.. Syukur Alhamdulillah.. Baby ni anak buah ke-16 doh r. Sorry ek takde gambar. Saya pun belum tengok lagi wajah anak buah baru ni. huhu.. Maybe cuti sekolah bulan 3 ni leh r balik tengok..

Sunday, February 8, 2009

Permata (Untuk Isteri Ku)


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku