Saturday, February 9, 2008

Majlis Kawen Kakak, 8/2/2008

Fuh! Baru buleh rehat sket ari ni. Buleh nafas normal balik. Semalam dengan kemarin langsung tak leh nak rehat. Kejar sana kejar sini. Buat persiapan majlis kawen kakak. Balik je dari IPIS malam khamis, 6/2/2008, terus sambung buat keje pagi 7hb tu. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Pengantin lelaki pun malam tu hebat jugak. Sekali lafaz je. Terus sah..

Pepun, saya tak akan taip panjang-panjang untuk korang pada ruangan kali ni. Sebab penat buat keje pun tak hilang lagi ni. Taip ni pun curik-curik masa. Pengantin duk basuh periuk besar kat dapur nun. Haha.. Biasa la kan, semalam diorang ni ’raja’. So, ari ni kita kerah la diorang basuh periuk-periuk tu semua.


~Pengantin lelaki sampai~



~Imran dan Nafisah~



~Pengantin Bersama Keluarga Pihak Perempuan~



~Pengantin Bersama Keluarga Pihak Lelaki~


Thanks a lot to my friend yang hadir ari tu. Antaranya, faisal dan iwan, kawan keje kat nicosaga dulu; halim, jazdi dan baharun, kawan kat IPIS tempat saya melatih skill untuk jadi guru sekarang ni selama setahun. Dan tak lupa sape-sape saja yang datang dan tak sempat saya update kat blog ni. Terima kasih banyak-banyak..