Friday, June 20, 2008

A New SAGA Begin..

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak update blog ni dengan citer² terbaru kan? Pada nukilan kali ni saya ingin berkongsi kegembiraan ini dengan kawan² semua yang mengenali diri ini.

Buat masa ini, untuk pengetahuan kawan² sekalian, saya masih lagi menuntut di Institut Perguruan Islam, IPIS. Pada bulan ini, sudah 6 bulan saya menjalani latihan perguruan di sini. Dan InsyaAllah pada 30 Jun nanti saya akan menjalani latihan praktikum selama lebih kurang 3 bulan.

Berbalik kepada topik asal yang ingin saya kongsikan bersama kawan² di sini iaitu pada hari Khamis yang lalu, pada 12 Jun 2008, satu daripada impian saya telah tercapai. Impian untuk memiliki sebuah kereta sendiri. Oleh itu, pada tarikh di atas saya telah pun berangkat ke Kuala Lumpur menuju ke Pusat Edar Kereta Nasional di Klang Lama untuk mengambil kereta baru yang dibeli dengan duit saya sendiri.

Sebuah kereta SAGA, saya pandu terus pulang ke Terengganu pada hari yang sama. Perasaan hati gembira bukan kepalang lagi. Itulah kereta pertamaku dan sehingga hari ini saya sangat berpuas hati dan bangga menaiki kereta ini, bukan bermaksud riak tetapi inilah kereta pertamaku yang dibeli dengan hasil duit sendiri. Pada tahun 2008 ini, satu sejarah telah saya jadikannya realiti iaitu berjaya memiliki kereta sendiri, yang telah lama menjadi satu daripada berjuta impian yang ingin saya capai.

Rasanya ada satu lagi impian yang ingin saya ceritakan nanti, juga akan saya realisasikan pada tahun ini juga. Nak tau apakah impian ini? Tunggu....

Di Bawah ini saya kepilkan beberapa keping gambar kereta saya. No plat terpaksa saya tutup atas sebab rahsia peribadi.







Suka juga saya kongsikan beberapa komen mengenai kereta ini yang sempat saya baca dari blog² yang lain. Ianya cukup menarik hati saya dan membuatkan saya rasa tidak menyesal untuk memiliki kereta ini.

Komen pertama

Hai ALL,

New Saga dah pun dilancarkan, Kat showroom dah ramai berkerumun, Salesman pun dah banyak dapat tempahan, Aku ada sedikit info untuk New saga ni,

1. Handling memang best Gila, dalam hujan masih boleh bawak dalam kelajuan 150KM/J. Kalau tak percaya boleh test drive.

2. New engine with IAFM, memang sesuai untuk cuaca dalam negara kita yang panas dan berhabuk ni. Engine memang power, lebuhraya karak boleh naik dengan gear 4 untuk manual, memang tak percaya, tapi inilah kehebatan IAFM. Tiada lagi delay pedal.

3. Interior dan exterior nampak ringkas dan menarik, berpatutanlah dengan harganya bawah RM 40,000.

Selamat maju jaya PROTON. Allah berkatilah Proton sebagai kereta Nasional. wassalam.

Komen kedua

Ini adalah perbandingan penggunaan minyak keta buatan malaysia..

Savvy = 8sen-1km
Saga/BLM = 11 sen-1km (CamPro IAFM)
wira SE = 16 sen-1km
kelisa/kenari =10sen-1km

kete BLM pakai enjin campro baekk punya ni bang..
mmg utk jimatkan minyak..

campro sekarang ada 3 jenis..
campro biasa = minyak cam air paip..
campro CPs = minyak lbh kurang jer ngan campro biasa..
campro iafm = mmg jimat nak mampos!!!

Komen ketiga

Hehehe… gua akan dapat Proton BLM nie dalam bulan 4 nanti.. hehehe.. takper tunggu skit.. janji.. support keter tempatan..

Oh yer.. gua test drive tue .. boleh cecah 150kmj… cuma gua jadi gayat la… sebab dah lama tak drive keter laju2…. masa chilok kat koner… huh… sedap suspension dier… mantap…

Gua buat break emergency pada kelajuan 80kmj… mantap… takder spinning… cuma yang tak best la… dier punya stereng nampak cam tak best jer.. tapi takper.. itu boleh tukar Sparco punya … hahaha..

Lain-lain ok gak… oh yer…satu lagi.. seat dier walaupun nampak cikai.. tapi selesa …. itu yang penting… kalau bini mengandung.. space tue kira ok gak…