Thursday, May 27, 2010

Buang la tabiat tu...

"Hello.. Waalaikummussalam.. bla.. bla.. bla.."

Salam 1Malaysia,

26 Mei 2010, saya pergi Segamat dengan orang rumah. Petang dah pergi hari tu sebab ada koko kat sekolah. Lepas koko baru pergi. Balik bersiap, ada la dalam pukul 6.30 baru keluar dari rumah. Sampai Segamat pun cahaya matahari dah berganti dengan lampu jalan. Selesai urusan, maghrib lama dah masuk. Nak balik terus takut tak sempat. Saya singgah la kat masjid yang selalu saya pergi, Masjid Jamek Jannatul Firdaus, Kg Jawa, Segamat.

Saya tinggalkan orang rumah dalam kereta jaga anak. Saya pergi solat dulu. Nak ambil wuduk macam rasa nak buang air pulak. Masuk la tandas. Tetiba ada henset bunyi.. Entah lagu apa dia setkan kat ringtone tu. Orang tu ada dalam tandas, angkat telefon. Dengan nada kuat dan selamba dia jawab,

"Hello.. Waalaikummussalam.. bla.. bla.. bla.."

Saya keluar tandas pun orang tu tak habis lagi bertelefon dalam tandas. Entah apa topik yang penting sangat sampai dalam tandas pun boleh bawa bincang lagi. Jadi, tak adalah saya tahu siapa gerangan yang sedang bertelefon tu. Nak je saya ceramahkan orang tu! Tunggu kang terlepas pulak maghrib. Orang rumah pun nak solat jugak nanti. So, saya ambil wuduk dan pergi solat. Tinggal la orang tu dalam tandas bertelefon tak henti-henti.

Hukum beri dan jawab salam di tandas

Apakah hukum bagi seseorang yang memberi salam kepada seseorang yang berada di dalam tandas dan hukum jawab salamnya sekali?.

Jawapan :

1. Makhruh memberi salam kepada orang yang berada di dalam tandas kerana salam merupakan satu dari nama Allah (Asma'ul Husna).

2. Tidak perlu menjawab salam ketika di dalam tandas.


Sumber: Jabatan Mufti Selangor, Soal Jawab Agama.
Wallahu'alam

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru tidak kira dimana kita semua berkhidmat. Teruskan perjuangan dan jangan sesekali lemah semangat. Apatah lagi mengabaikan anak didik kita. Ajarlah mereka dengan bersungguh-sungguh dan nikmatilah kepuasan hasil didikan kita dengan kejayaan anak didik kita.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"