Monday, January 31, 2011

Permulaan Diari 2011

31/1/2011

Assalamualaikum,

Selamat tahun baru 2011 kepada semua pembaca setia blog ini. Sejak adanya facebook ni lama jugalah tak usik blog. Tak ada cerita panjang untuk dinukilkan. Setakat mesej2 pendek je yang nak diutarakan. Jadi, semua tu cukup diisi pada ruang facebook. Sehinggalah tragedi di awal tahun 2011 ini berlaku. Rumah aku dilanda banjir. Sukar nak percaya tapi itulah hakikat. Kita hanya merancang namun Tuhan dah menetapkan semuanya. Kita sebagai hamba hanya mampu berserah dan sabar serta redha dalam menempuh dugaan dan cabaran sebuah kehidupan.

Sejak dua hari lepas, hujan tak berhenti turun. Ingatkan perkara biasa sehinggalah tengahari semalam, aku mula mengesan sesuatu yang tak menyenangkan hati berlaku. Air di dalam longkang depan rumah aku berbalik arah. Air tak mengalir keluar sebaliknya masuk dengan banyaknya ke dalam. Melimpah juga ke garaj depan rumah dengan longkang dipenuhi air.

Dengan hati berdetik risau, aku mengambil kunci kembara meredah hujan untuk melihat kawasan sekitar. Ditemani isteri dan anak, aku keluar ke pekan gemas. Ternyata air di longkang besar sudah naik sehingga ke tahap membimbangkan. Inilah pertama kali aku lihat air naik setinggi itu. Di atas rel keretapi juga air sudah melintas laju. Apatah lagi di atas padang sekolah kebangsaan gemas juga sudah dipenuhi air. Pun begitu di pekan gemas, masih lagi terkawal. Sempat juga aku lihat ada khemah didirikan dipekan gemas tu. Ingatkan khemah bantuan banjir sebaliknya khemah bantuan untuk perayaan tahun baru cina. Sempat juga diorang ni buat majlis ditengah2 hujan yang renyai2 tak berhenti ni.

Tanpa mengesyaki perkara lebih buruk berlaku, aku balik ke rumah. Pun begitu aku sentiasa berwaspada bila melihat banyak kereta, lori dan van keluar masuk di depan rumah. Pada sebelah petang pula kelihatan trak2 askar berduyun memasuki kawasan taman. Sehinggalah ada seorang askar berpakaian awam datang ke rumah memberitahu supaya berkemas dan letak barang ditempat tinggi kerana gemas baru sudah banjir. Mengikut pengamatan beliau, jika gemas baru sudah banjir, pasti di sini juga air akan naik. Mahu tak mahu, aku minta juga orang rumahku berkemas dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, terutama banjir yang dikhuatiri berlaku bila-bila masa.

Selepas Asar, aku memindahkan kereta ke taman bersebelahan yang terletak di atas bukit. tinggallah aku bersedia dengan kembara yang aku siap2 palingkan menghadap pintu pagar. Semua barang keperluan dah dimasukkan dalam kembara. Barang2 terutama barangan elektrik juga dah diletakkan ditempat tinggi di dalam rumah. Tinggal lagi menunggu kalau2 ada arahan untuk berpindah keluar.

Tunggu.. tunggu.. dan terus menunggu sehinggalah lepas maghrib aku sekali lagi keluar dengan bertemankan payung menuju longkang besar di depan rumah. Terkejut juga apabila melihat air hanya tinggal 3 kaki untuk memenuhi longkang sebelum melimpah keluar. Kembali kerumah aku mengambil yasin dan membacanya. Sehabis membaca yasin tak semena-mena datang polis melalui sirennya meminta semua orang keluar ke pusat pemindahan di sekolah menengah star.

Tanpa berlengah aku dan keluarga keluar mendapatkan kembara. Sempat juga aku menutup sumber elektrik dan mengunci pintu rumah. Kemudian aku menghidupkan enjin kembara. Keluargaku pula sudah bersiap dalam kembara. Ketika itu air masih belum masuk ke taman. Malah air didalam longkang rumah juga aku lihat makin surut. Melihat jiran di depan rumah belum keluar aku pergi kerumahnya dan memberitahu polis sudah datang minta keluar ke pusat pemindahan. Dia juga akur dan mula mengikut jejak kami.

Aku keluar dahulu menuju ke pusat pemindahan. Dalam kegelapan malam, aku sempat menjeling ke longkang besar disebelah jalan. Ternyata air sudah menyamai paras jalan yang kami lalui. Bila2 masa sahaja air akan melimpah keluar. Jam ketika itu menunjukkan pukul 8 malam.

Sampai di pusat pemindahan aku lihat ramai orang berkumpul di kantin sekolah. aku buka sedikit cermin kembara. Mak aih! bisingnya.. Bunyi orang bercakap pasal banjir. Bunyi anak2 kecil menangis. Macam2 lagilah.

Orang rumahku mula tak senang duduk. Mengenangkan anak kecilku yang masih kecil. Tentulah suasana begini tak menyenangkan untuk tinggal. Mengingatkan mesej kawannya yang minta tinggal bersamanya, maka aku pun memalingkan kembara menuju ke rumah kawannya.

Info yang aku dapat malam itu, aku difahamkan rumah dah dimasuki air. Macam tak ada perasaan aku menerima mesej itu. Berserah sajalah. Apa lagi yang boleh dibuat. Jam pada waktu itu pukul 8.30 malam. Esoknya aku ke pusat pemindahan. Ramailah kawan2 yang senasib berjumpa semula. Masing2 dengan wajah senyum sinis bertanyakan perihal masing2. Aku sempat ke tingkat 4 bangunan sekolah itu melihat keadaan banjir. Nampak juga keadaan rumahku dari jauh. Memang air dah separuh tingkap.

Inilah keadaan di pekan gemas pada petang 31/1/2011. Selepas asar aku melihat keadaan banjir. Air dah mula surut. Rumah aku pun dah surut sehingga di bawah tingkap. Cuma aku masih tidak dapat pergi berikutan air banjir yang masih melimpahi jalan untuk menuju ke rumah.

Mangsa2 banjir pun masih mampu tersenyum. Apa lagi boleh dikata. Senyum je la..