Wednesday, June 16, 2010

Trip to Sekayu Waterfall

Assalamualaikum,

15/6/2010, sempena cuti sekolah yang masih berbaki beberapa hari lagi seharusnya diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Sesekali aktiviti kekeluargaan akan menambah eratkan lagi hubungan dengan aktiviti-aktiviti bersama. Hari ini, keluarga mertua telah merancang untuk keluar beriadah ke Sekayu. Satu tempat yang mempunyai keindahan alam semulajadi yang segar dengan keindahan hutan dan keasyikan bunyian binatang dan deruan air terjun yang deras.

Hampir setiap hari kami menghadiri jemputan makan kenduri kahwin di sana-sini memenuhi ruang perut dengan masakan gulai daging, agak memualkan juga untuk keluar lagi ke majlis seperti ini. Namun, jemputan wajib dipenuhi. Mahu tidak mahu, kena pergi juga. Al-maklum orang dah jemput dengan baik kenalah pergi. Mana tahu suatu hari nanti kita pula yang akan mengadakan majlis seperti ini. Ada pula yang tidak datang kerana kita juga tidak hadir jemputan mereka. Pun begitu, hukum menghadiri jemputan apabila sudah dijemput adalah wajib kecuali dengan sebab-sebab tertentu kita tidak dapat memenuhi jemputan tersebut seperti tiada kenderaan untuk kita sampai ke majlis yang jauh, sakit dan sebagainya yang membuatkan kita berhalangan untuk memenuhi jemputan. Justeru itu, kita digalakkan bertanya khabar. Sekarang bukan susah hendak bertanya khabar, cuma ringankan tangan mengangkat gagang telefon, tekan nombor dan kita boleh bercakap dengan individu yang kita inginkan. Tak pun, zaman makin canggih ini ramai yang sudah cekap ber'facebook' bukan? Buka saja laptop, hantarlah apa-apa mesej bertukar-tukar maklumat dan pendapat. Apa-apa pun, berpadalah dalam menggunakan teknologi maklumat alaf baru ini agar bil tidak melambung dan dapur masih berasap bagi kaum hawa.

Berbalik pada percutian ke Sekayu. Pada hari ini, kami dengan konvoi dua buah kereta bergerak dari rumah mertua di Marang ke Air Terjun Sekayu mengambil masa lebih kurang 30 minit. Masing-masing membawa bekal baju dan seluar ganti. Bukan apa, memang dari rumah dah rancang nak mandi air terjun sekayu yang sejuk itu. Urusan perbekalan, bagi kat orang perempuan lah. Selalunya yang jadi mangsa emak la kan?

Sampai-sampai je terus ambil gambar kat depan pintu masuk. Nampak tak gambar kat belakang tu? SELAMAT DATANG KE HUTAN LIPUR SEKAYU. Sebenarnya, kawasan air terjun Sekayu ini ialah hutan simpan yang di pelihara oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu Darul Iman.

Selepas mendaftar nama di pondok pengawal, kami pun berjalan masuk mencari tempat untuk mendaratkan bekalan dikiri kanan tangan kami. Bekalan banyak, mesti la berat kan? Tapi aku dukung Hasya je. Bekalan? Isteri bawakan..

Buang dulu la drypers Hasya ni. Kang masuk air bertambah berat dia nak kena pegang. Jom main-main air dengan kaki dulu. Tengok dia nak main tak. Ada budak-budak ni dia takut nak masuk dalam air. Tapi Hasya macam suka la plak. Air berkocak kena muka dia, berkekek dia ketawa. Tu maksudnya boleh la tu main air kan?

Sempat pinjam pelampung lagi tu. Pelampung tu Abang Ha beli untuk Alisya tapi Alisya tak nak turun main air. Sejuk kot. Akhirnya, jadi mainan Hasya pula. Bertuah betul Hasya ni. Dia pula yang lebih-lebih main pelampung tu. Bukan main seronok lagi. Mula-mula Hasya nampak takut-takut juga. Yelah, kerusi tolak kat rumah nun kaki boleh jejak lantai tapi pelampung ni kaki tak dapat jejak pasir kat bawah tu.

Dah tak takut lagi duk dalam air bolehlah ajar Hasya berenang pula. Nanti besor boleh tolong ibu dengan abah dia yang tak pandai berenang ni. Bukan tak pandai, tak habis belajar berenang dulu masa kecik-kecik. Dah besar ni malu la nak belajar lagi. Tu la, masa kecik tak belajar sungguh-sungguh, dah besar malu sendiri la pula..

Lama juga Hasya main air. Dia pun nampak dah menggigil dah baru kami bawa naik. Buka baju basah, keringkan dan salin baju. Tak lama lepas tu Hasya pun tidur. Letih bermain air kot. Tengok atas tu. Lena betul dia tidur sebelah mak.

Hasya dah dibuai mimpi kat atas nun dengan mak. Ni la masanya ibu dengan abah dia pula mandi air terjun. Bestnyer la duk kat air deras menimpa belakang badan. Macam diurut-urut dengan air tu. Jimat letrik untuk 15 minit kalau guna mesin urut ogawa kat rumah. Urut pakai air terjun ni lagi best rupanya. Tapi kaki pula lenguh dek menahan deras air. Tak tahan kang hanyut kami ni nanti.

Puas bermandi-manda kami pun naik berjemur sekejap atas batu besar. Bergambar dulu la kan. Bukan selalu dapat datang sini main air. Selepas salin pakaian, kami pun bergerak pulang. Hasya sampai dalam kereta baru sedar dari tidur. Itu pun sebab kena angkat nak bagi kat ibu dia kat sebelah. Kalau tak, lena lagi tidur dia tu.

P/S: Awal bulan lapan ni, InsyaAllah, datang lagi ke Sekayu. Rombongan hari keluarga sekolah pula..

Thursday, May 27, 2010

Buang la tabiat tu...

"Hello.. Waalaikummussalam.. bla.. bla.. bla.."

Salam 1Malaysia,

26 Mei 2010, saya pergi Segamat dengan orang rumah. Petang dah pergi hari tu sebab ada koko kat sekolah. Lepas koko baru pergi. Balik bersiap, ada la dalam pukul 6.30 baru keluar dari rumah. Sampai Segamat pun cahaya matahari dah berganti dengan lampu jalan. Selesai urusan, maghrib lama dah masuk. Nak balik terus takut tak sempat. Saya singgah la kat masjid yang selalu saya pergi, Masjid Jamek Jannatul Firdaus, Kg Jawa, Segamat.

Saya tinggalkan orang rumah dalam kereta jaga anak. Saya pergi solat dulu. Nak ambil wuduk macam rasa nak buang air pulak. Masuk la tandas. Tetiba ada henset bunyi.. Entah lagu apa dia setkan kat ringtone tu. Orang tu ada dalam tandas, angkat telefon. Dengan nada kuat dan selamba dia jawab,

"Hello.. Waalaikummussalam.. bla.. bla.. bla.."

Saya keluar tandas pun orang tu tak habis lagi bertelefon dalam tandas. Entah apa topik yang penting sangat sampai dalam tandas pun boleh bawa bincang lagi. Jadi, tak adalah saya tahu siapa gerangan yang sedang bertelefon tu. Nak je saya ceramahkan orang tu! Tunggu kang terlepas pulak maghrib. Orang rumah pun nak solat jugak nanti. So, saya ambil wuduk dan pergi solat. Tinggal la orang tu dalam tandas bertelefon tak henti-henti.

Hukum beri dan jawab salam di tandas

Apakah hukum bagi seseorang yang memberi salam kepada seseorang yang berada di dalam tandas dan hukum jawab salamnya sekali?.

Jawapan :

1. Makhruh memberi salam kepada orang yang berada di dalam tandas kerana salam merupakan satu dari nama Allah (Asma'ul Husna).

2. Tidak perlu menjawab salam ketika di dalam tandas.


Sumber: Jabatan Mufti Selangor, Soal Jawab Agama.
Wallahu'alam

Saturday, May 15, 2010

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum,

Dikesempatan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru tidak kira dimana kita semua berkhidmat. Teruskan perjuangan dan jangan sesekali lemah semangat. Apatah lagi mengabaikan anak didik kita. Ajarlah mereka dengan bersungguh-sungguh dan nikmatilah kepuasan hasil didikan kita dengan kejayaan anak didik kita.

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Sunday, April 11, 2010

HOBIN JANG HOBIN

Sebelum Piala FA aku selalu buka radio RTM N9 dalam kereta. Ada satu lagu aku minat sangat dengar. Lagu Hobin Jang Hobin.. huhu.. Tak sangka pulak menang diorang ni. Malam tadi riuh orang sebelah rumah aku ni tengok bola. Lepas Kedah sumbat gol senyap sepi. Haha.. Tapi last-last N9 juga menang..

Image

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobing jang hobin...3x

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x

Hobin bin bin bin hobin jang hobin..............
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn........
Hobin jang hobin....

P/S: Malam tadi aku tengok AF.. Tak tengok pun bola. Pagi ni baru tahu N9 menang.. Tahniah la..

Sunday, April 4, 2010

5 Bulan 13 Hari

Assalamualaikum,

Salam 1 Malaysia,

Lama tak update blog ni. Sibuk sikit bila duk semenanjung ni. Pergi sana pergi sini. Tak berhenti. Kalau dulu masa kat Sabah tak dapat pergi mana-mana. Bila dah masuk sekolah, duk la dalam tu sampai hujung minggu. Memang tak bergerak mana-mana dah. Hujung minggu baru la boleh bergerak nak pergi jalan-jalan..

Sekarang kat semenanjung, lain pulak ceritanya. Boleh kata setiap hari bergerak jer. Pergi Bahau, pergi Segamat, pergi Tampin. Kadang-kadang Melaka pun sampai. Ni pun baru je semalam pergi Londang, Melaka. Jenguk kawan UTM dulu naik pelamin. Dalam fikiran nak pergi Segamat pulak ni. Tak tau lagi bila. Entah-entah lepas sekolah esok. Huhu.. Selalunya tak planning pun nak pergi mana-mana. Nampak je ruang kosong, jadi la tu..

Cukup la cerita pasal diri sendiri. Kang syok sendiri pulak. Huhu..

Anakanda Hasya sekarang pun dah pandai dah. Dukung jer mula la mata dia cari pintu besar. Ajak keluar jalan-jalan la tu. Huhu.. Kalau abah buat derk jer mula la merengek. Bila dah keluar dari pintu, suka bukan main lagi. Hmm..

Selalunya setiap pagi, ibu dia bawa pergi rumah pengasuh dengan kereta. Letak jer atas bangku penumpang depan. Yelah tak ada orang pegang. Letak jer la Hasya sorang-sorang sebelah tu. Tapi itu dulu. Dia tak pandai bergerak lagi. Sekarang ni tak boleh dah. Ibu dia selalu complain Hasya tak pandai duk diam dah. Letak jer, dia bergerak nak bangun. Akhirnya, nak tak nak kami belikan Hasya kerusi untuk dia duduk diam dalam kereta. Memang tak bergerak dah dia. Macamana nak bergerak kalau kerusi dia memang kedudukan macam tu. Kiri kanan benteng. Huhu.. Lega seposen hati ibu dia nak drive pagi-pagi hantar Hasya ke rumah pengasuh.




Hari ni pergi jalan-jalan kat pasaraya G-Mart. Belikan Hasya nestum dan makanan untuk baby umur 6 tahun ke atas. Cuba-cuba bagi Hasya makan. Lagi pun Hasya memang dah nak masuk 6 bulan pada 22hb nanti. Balik jer terus buka bagi Hasya makan. Test sikit jer dulu. Mana tau kang tak sesuai pulak. Tapi sebaliknya pulak jadi. Habis dia makan. Petang tadi pun ibu dia suap nestum. Habis dia makan. Huhu..



Satu lagi perkembangan anakanda Hasya. Sekarang ni dah pandai angkat tangan dan kaki dah. Karang merangkak la tu. Tunggu dan lihat..