Lama rasanya tak kemaskini blog ni. Terdetik pula idea nak menulis kat blog ni bila melihat gambar-gambar Hasya dalam telefon bimbit. Hasya sekarang dah besar. Jauh lebih besar berbanding sembilan bulan yang lalu.. huhu..
Hasya sekarang makin aktif. Tengok saja gambar di bawah. Habis printer Brother ibu dan abahnya dia kerjakan. Dijadikannya seperti mainannya, boleh panjat dan duduk di atas tu sesuka hati.
Dulu, Hasya hanya pandai tengok sahaja printer tu sebab printer tu lebih tinggi dari dia. Mana taknya, beberapa bulan yang lepas Hasya hanya pandai meniarap je.Sekarang, boleh dikatakan hari-hari Hasya akan naik dan duduk atas printer tu. Dibuatnya macam bangku. Kalau ibu dan abah ada, bolehlah melarang.
Selalunya, abah letak Hasya ditempat lain yang jauh dari printer tu. Tapi, tak sampai seminit, Hasya datang balik. Tak boleh celah sebelah kiri, Hasya celok sebelah kanan abah. Kuat betul azam dan iktikad Hasya usahakan nak dapat naik atas printer tu. Semangat tak mudah mengalah yang bagus ditunjukkan oleh anak ibu dan abah sorang ni. Sayangnya, tak kena pada tempatnya.
Akhirnya, abah buat keputusan. Gaji abah bulan ni abah belanjakan membeli kabinet yang lebih tinggi dari Hasya.
Namun, sesuatu yang diharapkan tak sempurna datangnya. Abah hanya mampu beli kabinet yang tak siap. Sampai kerumah hanyalah kepingan-kepingan papan lapis yang belum bercantum menjadi sebuah kabinet. Puas abah fikirkan macam mana nak buat. 10 minit jugalah abah hanya belek kertas manual pengguna yang dibekalkan dalam pakej bungkusan kepingan papan lapis yang abah beli. Masa merujuk manual pengguna tu, sempat jugalah Hasya datang menempel disebelah. Hai, manalah ibu Hasya ni.. Biarkan Hasya terlepas bebas..
1 jam selepas usaha mencantumkan kabinet tu, dapatlah hasilnya seperti gambar di bawah. Berjaya, walaupun belum sepenuhnya sempurna..
Akhirnya, selepas 2 jam mengerjakannya dapatlah sebuah kabinet yang tercantum indah dan tinggi dari Hasya. Usaha dan pengalaman yang cukup menarik dalam mengharungi detik-detik pemasangan kabinet ini. Sempat juga terdetik dihati, dengan nada riak dan sombong, pandai juga aku ni.. Astaghfirullah Al'azim.. Mohon keampunan dari Allah swt.
Kini, kabinet yang siap dicantum abah letakkan disebelah kabinet tv. Sememangnya kabinet abah beli itu lebih tinggi dari kabinet tv dan yang lebih penting ianya lebih tinggi dari Hasya. Lihat sahajalah gambar di bawah. Hasya hanya mampu berdiri di bawahnya. Tersenyum sinis. Apa yang penting, hasrat Hasya untuk bermain dengan printer ibu dan abah tak lagi tercapai.Dengan kata lain, mission accomplished..








